27.12.11

Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja



Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, KWSP menghargai tindakan segera Kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwsp.gov.my, kunjungi cawangan KWSP terdekat atau hubungi Pusat Panggilan di 03 - 8922 6000.


(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 27 Disember 2011

14.12.11

MTUC harap Dewan Negara teliti nasib pekerja, tolak RUU Kerja esok

KUALA LUMPUR 14 Dis —
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara yang dijangka akan membahaskan pindaan Akta Kerja esok agar menolak rang undang-undang tersebut dengan mengambil kira bantahan dan nasib masa depan pekerja-pekerja negara ini Meskipun adalah sesuatu yang mustahil harapan itu menjadi kenyataan Presiden MTUC Khalid Atan berkata pihaknya mengharapkan sokongan para senator untuk menolak rang undang-undang itu Badan induk itu telah menulis kepada kesemua anggota Dewan Negara dua minggu lalu mengenai beberapa peruntukan dalam rang undang-undang itu khususnya berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja yang didakwa akan mendatangkan lebih banyak keburukan dalam jangka panjang “Harapan kami MTUC sudah pun menulis kepada semua senator agar mereka akan mengambil kira nasib pekerja-pekerja negara ini dan tidak menerima rang undang-undang ini ” kata Khalid kepada The Malaysian Insider hari ini Berdasarkan aturan mesyuarat Dewan Negara hari ini Rang Undang-undang Kerja Pindaan 2011 berada di tangga ke-10 Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu - tiga hari selepas MTUC mengadakan piket di pekarangan bangunan Parlimen MTUC mengadakan piket kebangsaan pada 3 November dan perhimpunan peringkat Selangor-Wilayah Persekutuan pada 2 Disember lalu Pendirian ini dilahirkan ketika beberapa kesatuan gabungan MTUC mendakwa badan induk pekerja itu kelihatan seolah-olah tidak proaktif dalam isu pindaan Akta Kerja 1955 sementara Dewan Negara dijadual membahaskannya minggu ini Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad Abdul Razak Md Hassan berkata pihaknya terkilan apabila pertubuhan bukan kerajaan sudah mula mendahului MTUC dengan sanggup mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Parlimen pada 15 Disember ini “Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad terpanggil untuk menyampaikan rasa terkilan dengan tindakan MTUC yang bergerak terlalu perlahan mengenai pindaan Akta Kerja ” kata Razak kepada The Malaysian Insider awal minggu ini Malah menurut Razak pihaknya juga rasa hairan kerajan pertubuhan bukan kerajaan Jerit seolah-olah mengambil peranan MTUC dengan mengadakan demostrasi di kawasan Parlimen Khamis ini Sehubungan itu kata beliau kesatuannya mahu kepimpinan MTUC mengadakan mesyuarat majlis am tergempar seberapa segera sebelum 14 Disember agar kesemua gabungan diberi penjelasan seterusnya membincangkan tindakan selanjutnya “Majlis am juga perlu mendapat penjelasan dari mereka yang bertanggungjawab telah bersetuju tentang pindaan berkenaan supaya tindakan boleh diambil sekira mereka didapati bersalah “Kegagalan kepimpinan MTUC mengadakan mesyuarat majlis am MTUC tergempar Kesatuan Pekerja-pekerja KTM akan mencadangkan kepimpinan MTUC meletakkan jawatan ” kata beliau.
© Macmillan Publishers

7.12.11

MTUC desak tarik balik Akta Kerja

SHAH ALAM, 2 Nov:

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak kerajaan menarik balik Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober lalu di Parlimen.

Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah, N.Gopal Krishnan sewaktu berucap menjelaskan akta tersebut bersifat akta 'bapa ayam' yang jelas zalim dan bersikap kuku besi.

"Saya nyatakan dengan perlaksanaan akta ini kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan sebelum ini dan dengan perlaksanaan ini jelas menunjukkan kerajaan bersifat zalim malah umpama 'bapa ayam'.

"Kita tidak mahu pekerja dinafikan hak di negara ini dan secara tidak langsung taraf pekerja warganegara kita hanya setanding dengan pekerja warga asing," jelasnya.

Beliau menyatakan bantahan it akan terus dilakukan kerana hak pekerja itu perlu ada pada tahap yang sepatutnya.

"Kita tidak mahu pekerja ditekan dan terus ditekan oleh pemerintah sekarang, kita akan terus mendesak serta menentang habis-habisan sehingga kerajaan menarik balik akta tersebut," sambung beliau lagi.

Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani yang turut hadir berkata, selama ini menentang perlaksanaan akta tersebut di Parlimen memberitahu akta tersebut bersifat 'rejim Israel'.

"Apa yang ingin saya katakan akta ini bersifat seperti 'rejim Israel' yang sikap ganas serta memijak kepala pekerja.

"Secara jelas saya membantah akta tersebut dan semua pasti tidak mahu masalah menimpa anak-anak mereka yang sudah pasti mangsanya mereka.

"Kita tahu akta ini sudah berulang kali ingin dibentang tetapi gagal, dan disebabkan majoriti yang besar penyokong kerajaan Barisan Nasional maka ia diluluskan pada sesi Parlimen kali ini," ucapnya.

Beliau berkata akta itu akan dimansuhkan jika berlakunya perubahan politik negara pada masa akan datang.

"Ini janji saya dan juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, jika berlakunya perubahan lanskap politik di negara ini, maka hak pekerja akan dipenuhi selain memansuhkan akta yang zalim ini.

"Kita mahu meletakkan pekerja pada tempat yang sepatutnya ia berada bukannya di bawah tapak kasut kerajaan sekarang," sambungnya lagi.

Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud memberitahu dengan terteranya akta itu maka pada masa akan datang tidak akan ada lagi pekerja tetap dan syarikat-syarikat swasta akan menggunakan khidmat pekerja kontrak.

"Akibat dan kesan kepada perlaksanaannya menyebabkan pada masa akan datang tidak akan ada lagi pekerja tetap dan semua akan menjadi pekerja kontrak.

"Kita pasti ini semestinya akan berlaku kerana pihak swasta dapat menjimatkan kos operasi mereka, jadi apa hak yang kita akan dapat dan apa akan jadi kepada anak-anak kita nanti.

"MTUC bersama pekerja serta Pakatan Rakyat akan terus mendesak agar akta ini ditarik balik, kita mahu kerajaan yang kejam serta menindas rakyat itu faham apa yang di alami oleh pekerja," ucapnya.

Sebelum itu perhimpunan bantahan yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam merupakan susulan bantahan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini.

Turut hadir ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Presiden MTUC, Malaysia Mohd Khalid Atan dan juga kesatuan-kesatuan pekerja kilang di seluruh Shah Alam.

Satu resolusi dan ikrar telah dibaca oleh seribu pekerja dan akan dibawa ke peringkat MTUC Malaysia bagi membincangkannya.

25.11.11

Mahkamah: Kesatuan sekerja ada imuniti, tidak boleh disaman

KUALA LUMPUR, 24 Nov ― Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi(majikan).

“Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu,” katanya.

Hakim Singham juga berkata adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya melayani sebarang saman terhadap kesatuan sekerja.

Oleh yang demikian, beliau menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan setiausaha agungnya J Sandagran Solomon.

Hakim Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan NUBE untuk membatalkan saman itu atas alasan mereka mempunyai imuniti mutlak sebagai kesatuan sekerja mengikut Seksyen 22(1) akta itu, lapor Bernama Online.

Beliau juga memerintahkan Maybank membayar RM15,000 sebagai kos kepada para defendan.

Maybank memfailkan saman itu pada 22 April tahun ini, mendakwa Solomon, bertindak mewakili dirinya sendiri dan NUBE, pada Februari atau Mac tahun ini telah menerbitkan artikel mengandungi kenyataan berbaur fitnah mengenai syarikat itu dalam laman web NUBE.

Ia mendakwa kenyataan itu bermaksud plaintif telah menjalankan hal ehwalnya secara tidak amanah dengan mahu menggunakan dananya untuk manfaat pengurusan kanannya sahaja dengan meminggirkan pekerjanya.

Para defendan menyatakan kenyataan itu berkaitan dengan pertikaian yang sedang berlaku di antara plaintif dan NUBE berhubung dakwaan pemberian bonus yang kurang kepada staf peringkat bawahan syarikat itu.

Mereka berkata pertikaian itu telah berlarutan sejak 2009 dan berterusan sehingga sekarang.

23.11.11

PERHIMPUNAN MTUC BERSAMA PEKERJA


23/11/11-MTUC Selangor Wilayah Persekutuan dalam mesyuaratnya yang dihadiri kira-kira 40 pemimpin Kesatuan Gabungan hari ini telah memutuskan akan mengadakan :-

PERHIMPUNAN MTUC BERSAMA PEKERJA - MEMBANTAH PINDAAN AKTA KERJA 1955


Tarikh: 2 Dicember 2011, Masa 5.00pm-7.00pm,

Lokasi: Dewan Seksyen 19,
Shah Alam, Selangor

*Program perhimpunan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Am pada 20/11/2011

Ayuh anak muda dan seluruh kaum Pekerja di Selangor dan Wilayah Persekutuan!!!

Kita penuhkan setiap ruang dewan bagi membuktikan Pekerja Bersatu Menentang Pindaan Akta Kerja 1955.

MASA DEPAN PEKERJA TERLETAK DITANGAN PEKERJA, TERUS BERJUANG PASTI MENANG!!!

11.11.11

Bantahan pindaan akta kerja di Selangor



















11.11.11

Bantahan pindaan akta kerja di Sg Petani




piket bantah Akta kerja 1955...brjalan dgn baik d dataran jam besar Sg. Petani..dgn penyertaan kaum pekerja hampir 1000 org...
Paling ramai dr Kilang Sumirubber...
T/kasih sokongan anda Sumirubber...

10.11.11

Bantahan pindaan akta kerja di Perak








MTUC wishes to thank all union members who came out in full force to picket to

protest against the government's adamant act in amending the Employment Act 1955.

Yesterday 3.11.2011 MTUC organised a nationwide picket protesting against the labour amendments,

heavy rain did not prevent workers from coming out to picket and show solidarity and voice out

their anger against the Human Resource Minister's vicked intention to amend the Employment Act 1955.

the picket was held outside the MTUC Perak Division, near Taman Bertua, Jalan Kuala Kangsar, from 5pm - 6.30pm.



Kami, pekerja-pekerja Malaysia menentang dengan keras & menuntut supaya pindaan yang diluluskan

oleh Parlimen pada 6/10/2011 ke atas Akta Kerja 1955 ditarik balik!



Arjunan

Langkah Jebat

3.11.11

Bantahan pindaan akta kerja di Melaka
























Template by:
Free Blog Templates