21.6.11

Collective Agreement Dispute At Harvik Rubber Industries Seberang

Collective Bargaining is an absolute Workers Right - similarly, Picketing is also a workers right, the above activity sybolicly suggest that if workers failed tp protest against unfair salary adjustment and terms and conditions of employment than companies would take advantage to oppress the workers further. A 3% salary adjustment shall not help chusion the ever escalating price increase of basic comodities, like food, medical care and children education. Workers must show support and backup the Union for better bargainign power.
The Perak Branch fully support the uprising of workers at Harvik Rubber Industries in Prai.

Briefing From Executive Secretary







15.6.11

Pelaksanaan selepas rang undang-undang majlis konsultasi diluluskan Parlimen

SUBANG JAYA: Dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, berkata Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada persidangan kali ini.

“Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," katanya berucap pada majlis makan malam sempena Hari Pekerja 2011 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini, malam tadi.

Pada majlis yang pertama kali dihadirinya, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pemuda UMNO, selain menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran.

Najib berkata, menerusi majlis konsultasi itu, pelbagai isu berkaitan pekerja dapat dibentangkan dan dibincangkan untuk pertimbangan menteri seperti persaraan, usia persaraan, elaun saraan hidup dan pekerja asing.

"Semua perkara ini wajar diperhalusi supaya keputusan yang dicapai mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Terdahulu, beliau berkata kehadirannya pada majlis itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada MTUC sebagai badan yang memayungi kesatuan sekerja di negara ini.

"Saya percaya MTUC sebagai badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan 12 juta pekerja di negara ini. Tahniah diucapkan kerana berjaya mentransformasikan negara ini daripada negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa satu generasi saja.

"Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan dalam ucapannya, turut meminta kerajaan mengkaji untuk memanjangkan pelaksanaan cuti bersalin selama 90 hari kepada sektor swasta.

"Kebanjiran pekerja asing juga perlu dikaji puncanya kerana ia memberi kesan kepada pekerja tempatan yang bagaikan dipinggirkan, hingga 400,000 rakyat tempatan berhijrah untuk bekerja di luar negara," katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

13.6.11

Kebajikan ahli diutamakan


Kunjungan biro kebajikan dirumah sdr Ayob menunjukan tanggungjawab kita sebagai rakan sekerja memberi ia satu kekuatan didalam mengharungi liku-liku kehidupan

13.6.11

Futsal Freindly Games



diakhirnya ramai yang meminta diadakan karnival sukan





wah ramai tu siapa kalah kena bayarlah



apa dibincangkan che saidi dan dato k (biro katering) mesti kena belanja minum


memang ada gaya Ketua Biro Sukan En Jamal mengawal gelanggang



4 jun 2011 dapat juga kita berfutsal bersama anak buah maklumlah ditempat kerja terpaksa serious cikit takut dia orangni main main buat keja (kelihatan bendahari kita kepenatan

13.6.11


Makan untuk hidup supaya kita ada tenaga namun makanan yang macam mana boleh kita makan, ya kita kena pasti makanan itu ada khasiat,bersih, halal dan sebagainya.
Apa pun kita kena periksa dulu sebelum ianya dimamah kerana perut kita bukannya tong sampah boleh di sumbat begitu saja
berhati hati wahai adik adik ku

9.6.11

Kesatuan Sekerja: Keperluan atau Hanya Bila Timbul Masalah?

Kesatuan Sekerja (Union) adalah suatu perkara yang mungkin dianggap amat sensitif dikalangan pekerja. Malahan ada pula yang secara lantang menyatakan bahawa mereka akan kehilangan mata pencarian jika menyertainya. Ada pula yang menganggap Kesatuan Sekerja ini adalah suatu keperluan apabila timbul masalah jika tiada masalah, maka tidak ada pun tidak mengapa. Kenapa?

Sejarah selalu mengajar kita pelbagai perkara terutama tentang kehidupan. Keadaan kehidupan biasanya diibarat sebagai roda berpusing. Jika berada diatas, maka “selesa” kehidupan kita begitulah sebaliknya bila berada dibawah. Pernahkah kita berada dikedua-dua situasi tersebut atau orang disekeliling kita mengalaminya? Kita selalu diajar supaya jangan lupa diri bila berada diatas dan sentiasa beringat.

Tentunya kita ingat semasa keadaan ekonomi merudum sekitar tahun 1997, 2007 dan sebagainya. Sektor perkilangan mengalami pelbagai masalah sehinggakan ada diantara mereka mengambil tindakan drastik dengan “membuang” pekerja, menghadkan pengeluaran dan perbelanjaan, memotong peruntukkan dan sebagainya. Syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai cawangan diserata dunia seperti Seagate, Intel, Flextronics, Jabil, Hewlett Packard dan banyak lagi telah mencatatkan pembuangan pekerja mereka akibat tekanan ekonomi. Jangan dianggap nama-nama besar seperti ini mempunyai rekod bersih dan boleh dijadikan majikan terbaik kerana sistem kapitalis tidak akan sedikitpun memikirkan kebajikan pekerja mereka bila mengira keuntungan yang mereka perolehi.

Jangan menjadi dangkal akal apabila mengikut situasi semasa. Keadaan tidak mendesak, tiada masalah ditempat kerja, gaji yang baik dan sebagainya menjadikan alasan untuk tidak memerlukan Kesatuan Sekerja. Perlu diingat hari ini kita diatas, bila pula kita dibawah? Atau bila ditimpa masalah baru hendak mencari pertolongan ibarat “kapal hendak karam, baru sibuk mencari pelampung”. Itu sudah terlambat dan diri sendiri yang rugi.

Takut?. Apakah jika kita ingin menuntut hak dan kebajikan kita sendiri pun akan timbul rasa takut? Takut perlulah bertempat dan jangan sebarangan. Melalui Kesatuan Sekerja, anda akan sedar hak anda sebagai pekerja dan juga manusia. Sedangkan selama ini, kaum pemodal (syarikat) hanya tahu mengejar keuntungan dan mengabaikan kebajikan anda. Apakah anda akan takut jika mengetahui bahawa syarikat tempat anda bekerja tidak menyediakan atau melindungi pekerja mereka dengan insurans? Apakah anda akan takut jika mengetahui bahawa dalam beberapa bulan akan datang, akan ada pekerja (mungkin termasuk anda) terpaksa diberhentikan kerana syarikat hendak mengurangkan kos? Apakah anda akan takut jika anda dituduh melakukan kesalahan dalam perusahaan dan dipaksa berhenti tanpa anda boleh mempertahankan diri? Jika semua perkara ini akan berlaku kepada anda sedikit masa lagi, dan semasa itulah anda cuba untuk memohon bantuan Kesatuan ataupun mana-mana pihak, mungkin tindakan anda agak terlambat.

Masalah tempat kerja datang tidak kira waktu. Hari ini, esok, bulan depan atau tahun depan pasti akan timbul masalah. Contoh yang nyata apabila tiada kerja lebih masa (OT) diperuntukkan atau ianya dikawal, tiada bonus atau kenaikan gaji, sengketa antara rakan sekerja ataupun penyelia, elaun dan peruntukan dikawal dan sebagainya telah banyak dialami oleh pekerja. Sedar atau tidak, anda sendiri yang tentukan.

Kesimpulannya, wujudnya Kesatuan Sekerja adalah:

.untuk membela pekerja yang ditindas;
.untuk memberikan kesedaran kepada pekerja keseluruhannya;
.memberi bantuan dan sokongan dalam berhadapan dengan majikan;
.mewujudkan suasana harmoni diantara majikan dan pekerja;
.situasi “menang-menang” majikan dan pekerja;
.mencari penyelesaian dan keadilan kepada pekerja dan banyak lagi…


Sebagai pekerja, informasi ini perlu kita ketahui. Mari kita belajar dari sejarah. Jangan menutup peluang dan ruang untuk diri kita sendiri. Kelak , diri sendiri, keluarga dan masyarakat akan rugi dan tiada apa yang tinggal. Beringatlah, kita bukanlah yang membuat keputusan tetapi kita sentiasa terdedah dengan keputusan majikan yang tidak wajar. Kesatuan adalah untuk pekerja dan ia perlu wujud serta disokong oleh pekerja itu sendiri.

Template by:
Free Blog Templates