Sejarah Hari Buruh bermula pada tahun 1884, The Federation of Organized Trades and Labor Unions telah menyebarkan resolusi untuk menetapkan 8 jam sehari sebagai waktu kerja yang sah bermula dari 1 Mei 1886. Resolusi tersebut menyeru agar para pekerja melakukan demonstrasi umum untuk mencapai tujuan itu memandangkan kaedah mengikut saluran yang sah telah dianggap gagal. Pada ketika itu,pekerja dipaksa bekerja selama 10, 12 hingga 14 jam sehari.
Sokongan kepada gerakan ini telah tumbuh dengan cepat.Pada April 1886, dianggarkan seramai 250,000 pekerja telah menyertainya. Gerakan ini berpusat di Chicago dan dianjurkan oleh golongan anarki dari International Working People’s Association. Ahli perniagaan dan pemimpin negara pada ketika itu merasa bimbang dengan peningkatan pengaruh revolusi ini dan mereka telah membuat persediaan sewajarnya. Bilangan polis dan anggota keselamatan ditambah dan senjata baru dibekalkan, dibiayai oleh ketua-ketua perniagaan tempatan. Antaranya, Kelab Komersial Chicago, yang telah membeli senjata bernilai US$2000 untuk Pengawal Keselamatan
Illinois mengawal kemaraan demonstrasi.Walaubagaimanapun, pada 1hb Mei, gerakan ini telah berjaya memenangi hati kebanyakan para pekerja termasuklah pembuat pakaian, pembaiki kasut dan para buruh. Pada 3hb Mei 1886, untuk mengekang kemaraan, pihak polis telah melepaskan tembakan amaran kepada para pendemonstrasi di hadapan kilang McCormick Reaper Works, menyebabkan 4 orang terkorban dan banyak yang cedera. Keesokannya, golongan anarki telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk membantah tindakan pihak berkuasa tersebut di dataran Haymarket.
Perhimpunan ini berjalan lancar sehinggalah jurubicara terakhir berucap di pentas. Orang ramai mulai beredar dan hanya tinggal beberapa ratusan orang. Ketika inilah, 180 orang polis telah mengepung medan tersebut dan mengarahkan agar perhimpunan itu dibubarkan.Ketika pembicara terakhir turun dari pentas, sebiji bom dilemparkan ke arah polis, membunuh seorang dan mencederakan 70 orang yang lain. Polis bertindakbalas melepaskan tembakan ke khalayak ramai mengakibatkan seorang pekerja mati dan ramai yang cedera. Inilah secara ringkas sejarah perjuangan yang dimulakan oleh golongan anarki sosialis untuk menuntut hak dan keadilan golongan pekerja terhadap majikan. Perjuangan ini akhirnya diabadikan dengan sambutan Hari Buruh......(jangan lupa asal usul perjuangan pekerja menuntut HAK sehingga tercetusnya Hari Buruh) Malangnya pekerja hari ini termasuk pemimpin Kesatuan lebih berminat menyambut Hari Buruh sebagai Hari HOLIDAY!
Setiap kemalangan yang berlaku terhadap pekerja, majikan perlu melaporkannya ke Perkeso dalam tempoh 48 jam sebelum tindakan undang-undang dikenakan, kata Pengarah Perkeso negeri, Ismail Abi Hashim.
“Kita juga faham jika majikan mengalami masalah namun jangan sampai masalah tersebut menyebabkan pekerja terbeban. Malah majikan juga boleh dikenakan tindakan jika tidak menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Jika kes tersebut dilaporkan, kita boleh siasat dan seterusnya membantu dari segi bayaran serta bantuan peralatan yang bersesuaian agar dapat meringankan beban mereka yang terlibat,” katanya
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan bantuan bencana kerja kepada Mohammad Nor Johar, 30, yang telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panti, Datuk Baderi Dasuki.
Dalam pada itu, Ismail turut memohon khususnya kepada kepimpinan masyarakat setempat tampil melaporkan sebarang kejadian kemalangan kerana terdapatnya kes-kes tertentu yang tidak dilaporkan oleh majikan.
“Walaupun pegawai kita juga turut sama melakukan siasatan dan lawatan, namun ada di antara kes perlu dilaporkan terus kepada Perkeso.
“Ini kerana pihak kami pernah menjumpai kes-kes sebegini yang tidak dilaporkan. Di sinilah perlunya masyarakat memainkan peranan mereka," katanya.
Terdahulunya, Mohammad Nor kini hilang upaya selepas terlibat dengan kemalangan di Jalan Lombong, Kota Tinggi ketika hendak pergi ke tempat kerjanya.
Dia yang baru sahaja bekerja sebagai pengawal keselamatan turut terlantar tidak sedarkan diri selama 40 hari sebelum menerima bantuan daripada pihak Perkeso.
Ayah kepada dua anak berusia satu setengah tahun dan juga enam tahun itu turut menerima bantuan wang bernilai RM3,224 serta bantuan peralatan.