31.5.09

HUBUNGAN MAJIKAN DAN PEKERJA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Pendahuluan


Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua urusan hidup manusia sama ada yang melibatkan hubungan manusia dengan Al-Khaliq, manusia dengan sesama manusia, individu dan masyarakat, pekerja dan majikan, rakyat dan pemimpin dan seterusnya.


Apa yang lebih istimewa dan menarik dalam sistem Islam ialah setiap bentuk perhubungan tersebut melibatkan dua dimensi iaitu tidak terlepas dari hubungannya dengan Khaliq dengan makhluk sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam erti kata lain setiap hubungan yang baik antara manusia sesama manusia adalah termasuk dan diiktiraf sebagai sebahagian dari urusan ibadat yang diperintah Allah dan akan mendapat ganjaran secara langsung atau tidak langsung dari-Nya. Demikianlah apabila baik hubungan manusia dengan Tuhan-nya ia akan membawa kesan yang baik dalam kehidupan seharian di dunia iaitu dalam konteks hubungan mereka antara sesama manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain meliputi fauna, flora dan lain-lain.

31.5.09

PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH KESATUAN SEKERJA

Oleh:
Hamidon Khalid (Sarjana Pengurusan, Universiti Malaya)


PENDAHULUAN

Kesatuan sekerja di Malaysia didefinisikan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebagai satu persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan akta ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam sektor swasta hendaklah terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau yang seakan-akan sama . Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mereka sedar bahawa secara kolektif mereka akan berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka meminta gaji yang lebih dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik.

Kesatuan sekerja bukan hanya berminat mengenai kehidupan ahli-ahli mereka semasa waktu bekerja tetapi juga secara meluas menggalakkan kerajaan meluaskan perundangan dan memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada amnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja mempunyai tiga cabang. Ia memberi tumpuan kepada majikan individu dan layanan majikan terhadap pekerja-pekerja mereka, mengenai isu-isu kebangsaan yang lazim kepada semua majikan dan memberi kesan kepada semua pekerja serta mewakili pekerja-pekerja individu yang memohon bantuan mereka.

Kesatuan-kesatuan sekerja tersebut dengan dana-dana yang mencukupi juga cuba memberi kemudahan secara langsung kepada ahli-ahli mereka dalam bentuk kursus latihan, biasiswa, kemudahan bercuti dan skim-skim insuran.

PERANAN KESATUAN SEKERJA
Di negara ini, kesatuan sekerja telah memainkan peranannya dengan agak berkesan dalam membela nasib pekerja-pekerja. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), misalnya, buat pertama kali dalam sejarahnya telah berjaya dalam usaha memperolehi penyelarasan gaji dalam tempoh tiga tahun berbanding sebelum ini yang mengambil masa hampir lima tahun. CUEPACS juga telah mengesyorkan supaya mulai 1996, kerajaan mengenakan tindakan terhadap ketua-ketua jabatan yang membenarkan terlalu banyak kakitangan bercuti panjang semasa musim perayaan hingga menjejaskan urusan pejabat. Turut menjadi harapan CUEPACS ialah tuntutan supaya jadual gaji matriks yang dilaksanakan di bawah skim Sistem Saraan Baru (SSB) dimansuhkan.
Namun, di sebalik kejayaan yang sedikit ini, masih banyak lagi ruang di mana kesatuan sekerja boleh berperanan dengan lebih aktif. Isu mengenai hak-hak sama rata pekerja wanita, misalnya masih belum dapat ditangani dengan sewajarnya.

Menangani isu pekerja wanita
Kesatuan sekerja perlu melihat kepentingan peranan wanita dalam pergerakan kesatuan sekerja. Wanita masih lagi kurang dalam jawatan kepimpinan dan kurang dibenarkan mengambil bahagian dalam membuat keputusan terutamanya di peringkat atasan. Oleh itu kesatuan sekerja perlu mencadangkan kepada kerajaan dan majikan-majikan supaya mengiktiraf bahawa hak-hak wanita adalah juga hak-hak asasi manusia. Terdapat kini ramai ibu tunggal yang bekerja yang terpaksa menyara ramai anak. Tibalah masanya kesatuan sekerja menghulurkan bantuan di samping mencadangkan kerajaan supaya menangani isu ibu tunggal itu secara lebih drastik dengan memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang yang melindungi pekerja wanita daripada keganasan dan penderaan seksual di tempat kerja. Bagi ibu-bapa yang bekerja di tempat yang sama, penyediaan pusat jagaan kanak-kanak diperlukan di tempat kerja supaya hubungan kasih-sayang di antara mereka dapat dijalinkan dalam masa yang lebih panjang.

Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum
Terdapat perbezaan yang ketara di antara gaji terendah dalam sektor swasta dan sektor awam meskipun jenis pekerjaan dan deskripsi tugas hampir sama. Kesatuan sekerja boleh berperanan menangani masalah ini dengan meminta kerajaan menetapkan gaji minimum yang melebihi RM650 kerana pendapatan yang kurang daripada itu tidak memungkinkan pekerja di bandar menikmati kehidupan yang selesa berikutan peningkatan kos sara hidup saban tahun.
Setakat ini belum ada cadangan daripada pihak kesatuan sekerja mengenakan gaji maksimum ke atas pihak pengurusan. Di Jepun, misalnya, gaji seorang pengurus tidak jauh bezanya dengan gaji seorang pemandu teksi. Dengan itu, perasaan materialistik dan iri hati dapat dikurangkan dan rakyat dapat meningkatkan produktiviti. Kesatuan sekerja boleh menyediakan garis panduan penetapan gaji minimum dan maksimum dengan meminta ahli-ahlinya yang mempunyai taraf akademik yang tinggi menjalankan kajian menentukan keadaan sebenar kedudukan buruh di Malaysia bagi menguatkan sokongan terhadap permintaan itu.

Membantu menangani kegawatan ekonomi
Kesatuan sekerja boleh membantu kerajaan menangani krisis ekonomi yang melanda negara dengan menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (Tindakan) dengan meneruskan kempen yang digelar “Belanja Berhemat Kita Selamat” . Cara lain, kesatuan sekerja boleh mengadakan sendiri kempen-kempen menyedarkan ahli-ahlinya mengenai kegawatan ekonomi dan mendorong mereka membeli barangan perlu sahaja selain meningkatkan amalan membeli barang tempatan dan menjimatkan tenaga seperti elektrik, petrol dan air.

Apa yang dikhuatirkan dalam krisis ini ialah majikan membuang pekerja dengan alasan kegawatan ekonomi. Jika hal seperti ini berlaku, kesatuan sekerja boleh mengambil tindakan supaya pampasan yang sewajarnya diperolehi oleh pekerja yang malang itu dan majikan menyediakan pilihan pekerjaan di tempat lain. Isu penamatan pekerja asing pula perlu ditangani dengan adil supaya pihak luar tidak memandang negara ini sebagai hanya
pandai menjemput pekerja asing bekerja di sini dan menghalau mereka bila tidak diperlukan.

Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan
Menurut statistik Jabatan Perhubungan Industri bilangan pertikaian perdagangan yang berlaku adalah melebihi 700 kes setiap tahun dan hanya sekitar lebih daripada 500 yang dapat diselesaikan. Oleh kerana itu terdapat lebih kurang 200 kes yang terpaksa dibawa ke tahun berikutnya untuk diselesaikan. Dalam hal ini kesatuan sekerja boleh meminta kerajaan mempercepatkan penyelesaiannya dalam jangka masa singkat dengan mencadangkan penilaian semula dan pindaan jika perlu, kepada Akta Perhubungan Industri 1967.

Peranan dalam Koridor Raya Multimedia
Salah satu agenda utama negara ialah mewujudkan masyarakat bermaklumat yang boleh mengguna dan mencipta sistem teknologi maklumat yang boleh meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan menerusi kerajaan elektronik, sekolah bistari dan sebagainya. Dalam hal ini, kesatuan sekerja boleh berperanan dengan meminta ahli-ahlinya mendokong cita-cita kerajaan dengan mempelajari komputer dan mendalami pengetahuan tentang teknologi maklumat. Kesatauan sekerja boleh meminta kerajaan menambahkan peruntukan pinjaman membeli komputer dan memberikan subsidi kepada pekerja bawahan yang berpendapatan kecil untuk membeli komputer. Ahli-ahli kesatuan yang berkemahiran dalam penggunaan komputer sewajarnya melatih pekerja-pekerja yang tidak berpengetahuan tentangnya secara sukarela ataupun dengan mengenakan sedikit bayaran.

Pasaran buruh di masa hadapan
Dunia kini berubah dengan begitu pantas.Teknologi baru dicipta dan globalisasi telah berlaku hampir di seluruh dunia. Kadar perubahan pantas yang berlaku ini menyebabkan masalah-masalah yang berlaku hari ini tidak lagi boleh diselesaikan dengan kaedah penyelesaian dahulu. Cara produk baru dikeluarkan mengalami perubahan yang besar. Ini bermakna tenaga kerja di pasaran buruh menghadapi cabaran-cabaran baru. Pergerakan kesatuan sekerja harus bertindak sebagai pemandu dalam membantu mewujudkan masyarakat pekerja yang berilmu multifleksibel yang berupaya menukar maklumat kepada ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara - untuk pembangunan produk, memasarkannya, menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada golongan tua dan sebagainya.

Pekerja yang berilmu akan menjadi sumber terpenting bukan lagi pemilikan modal. Sumber ini akan dikaitkan dengan individu pekerja. Pekerja-pekerja yang berilmu tidak lagi dibayar mengikut jam tetapi berdasarkan bagaimana kreatifnya mereka menjalankan sesuatu tugas. Dalam hal ini, kesatuan sekerja boleh berperanan dengan meminta majikan meyediakan peluang-peluang yang lebih bagi pekerja melanjutkan pelajaran ke universiti dan menghantar mereka berkursus supaya dapat menyerap pengetahuan mengenai teknologi-teknologi baru. Dalam pasaran buruh masa hadapan, semua pekerja diharapkan berkebolehan (1) menjalankan pelbagai tugas, (2) berkomunikasi secara lisan atau tulisan, (3) mengambil risiko dan inisiatif, (4) menggunakan teknologi maklumat, (5) lebih bertanggungjawab dan berdikari, (6) mengutamakan keselamatan di tempat kerja, (7) lebih fleksibel terhadap waktu bekerja, (8) sentiasa memikirkan kualiti dan (9) berfikir dan bertindak secara kreatif.

RUMUSAN
Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan wawasannya. Pergerakan kesatuan sekerja berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan semata-mata faktor pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan dan perlu dilayan berdasarkan pengiktirafan dan status mereka dalam masyarakat. Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan sekerja menjadi rakan hanya pada waktu-waktu sukar dan mengenepikan atau mengabaikan pekerja-pekerja apabila keadaan ekonomi memuncak. Walau bagaimanapun untuk menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang wujud di negara ini perlulah bersatupadu dan mengelakkan pertelingkahan sebagaimana yang terjadi dalam perlantikan wakil ke persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) seperti tahun-tahun sebelumnya. MTUC, CUEPACS dan Pertubuhan Buruh Malaysia (MLO) masing-masing berebut peluang untuk menjadi wakil Malaysia ke persidangan tersebut sedangkan urusan perlantikan wakil ke persidangan itu terletak pada budi bicara Menteri Sumber Manusia.
Dicatat oleh MOHAMAD FAUZI SAAD
di 22:22

19.5.09

Submiting Memorandum to YB Datuk S.Subramaniam Human REsources Minister, Wisma Persekutuan, Ipoh, Perak






Seramai 30 orang deligasi Kesatuan Sekerja Keluaran Getah di ketuai oleh Brother Arjunan telah menghantar memorundum bantahan kepada Dr Subramaniam Menteri Sumber Manusia di Pejabat Sumber Manusia Ipoh Perak, Memorundum tersebut bermaksudkan kepada 3 kilang di Perak iaitu
1. SEAL POLYMER INDUSTRIES
mengenai pengiktirafan kesatuan
2. RUBBERREX SDN BHD
Penutupan kilang selama 4 bulan tidak mengikut peraturan
3.APL PRODUCT SDN BHD
Pampasan penutupan kilang

10.5.09

PROGRAM TRAIN AND PLACE SECARA PERCUMA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) mempelawa warganegara Malaysia
yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place
yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan
kepada warganegara Malaysia.
Syarat dan Kelayakan
1. Program ini terbuka kepada :
i. Pekerja yang diberhentikan
ii. Siswazah menganggur
iii. Belia Menganggur
2. Pemohon perlu terlebih dahulu berdaftar dengan portal JobsMalaysia di
www.jobsmalaysia.gov.my
Tempoh Latihan
Latihan akan dijalankan pusat latihan yang dilantik oleh Kementerian Sumber
Manusia bagi tempoh 1 hingga 6 bulan
Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan
seperti dilampirkan atau secara on-line melalui portal
www.jobsmalaysia.gov.my.
Yuran Latihan / Elaun Sara Diri
1. Yuran latihan adalah ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia
2. Pelatih akan diberikan elaun sara diri minima RM500.00 sebulan.
Alamat
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke
alamat berikut :
Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-88889111 (Bahagian
Perkhidmatan Pekerjaan)

10.5.09

TEKNOLOGI MAKLUMAT BANTU DOKTOR BERTUGAS

JABATAN Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ingin merujuk surat mengenai `Cuepacs tidak patut lindungi doktor culas’ yang disiarkan ruangan ini, 30 April lalu. Hasil siasatan aduan mengenai dua doktor muda di wad berkenaan yang bersahaja melayari laman web dengan menggunakan komputer di wad pediatrik yang dimaksudkan adalah tidak berasas. Untuk makluman, Hospital Putrajaya ialah hospital berasaskan teknologi maklumat sepenuhnya. Oleh itu, dua doktor muda yang dimaksudkan sebenarnya sedang meneliti dan mengemaskini rekod elektronik pesakit (contohnya keputusan pemeriksaan darah dan parameter klinikal pesakit, seperti suhu badan, tekanan darah, kadar nadi dan sebagainya) di dalam komputer untuk memantau perkembangan pesakit yang menerima rawatan.
Selain itu pesanan ubat-ubatan dan pemeriksaan darah juga perlu dilakukan melalui sistem rekod elektronik di dalam komputer. Di samping itu doktor perlu membuat rujukan terkini mengenai sesuatu penyakit yang dirawat untuk tujuan pembelajaran dan rawatan. Sehubungan itu juga, pesakit yang dimasukkan ke Wad Pediatrik (Kanak-Kanak) secara amnya diperiksa doktor bertauliah dan perancangan rawatan dibuat berdasarkan pemeriksaan berkenaan. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih sebulan, pemeriksaan pesakit biasanya dilakukan di katilnya sendiri sementara yang berusia kurang daripada sebulan akan diperiksa di bilik pemeriksaan khas tanpa kehadiran ibu bapa untuk pemeriksaan klinikal dan pengambilan darah.
Doktor akan memaklumkan mengenai perkembangan atau kemajuan rawatan dan keputusan darah yang dijalankan.


DR ISMAIL ABU TAAT,
Pengarah
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

10.5.09

Punca H1N1 masih misteri


COLUMBIA - Ketika siasatan rapi untuk mengenal pasti punca sebenar virus influenza A (H1N1) diteruskan di kebanyakan ladang babi di Mexico, jawapan sebenar kepada punca wabak itu mungkin ditemui pada kod genetik.

Sekumpulan penyelidik di Jabatan Bioinformatik Universiti Columbia menggunakan pangkalan data awam untuk mengenal pasti punca virus berkenaan.

Mereka menemui hubungan paling rapat kepada virus itu dan ia dikaitkan dengan kelompok virus yang terasing dari babi di Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu.

Analisis kumpulan penyelidik itu melihat virus itu datang dari dua induk babi dan salah satunya mempunyai kaitan dengan satu virus terasing di Amerika Utara pada 1998.

Namun, penemuan itu masih jauh dan sukar untuk ditentukan sama ada virus H1N1 adalah sama dengan virus yang dianalisis itu.

Kumpulan penyelidik yang diketuai Profesor Madya Raul Rabadan itu masih meneruskan uji kaji untuk mendapatkan hasil penemuan yang tepat.

8.5.09

LABOUR DAY PERAK

8.5.09

PicKet!

7.5.09

PIKET RUBBEREX PERAK



4.5.09

LAGU PIKET

‘KITA KERJA BAWAH SATU KILANG

RUBBEREX NAMA DIBERI

SAMA-SAMA KITA MAKAN ISI 2X

JANGAN ADA YANG MAKAN TULANG_________SOLO &SEMUA



BILA UNTUNG TAK CAKAP UNTUK

BILA GAWAT KITAYANG KENA OH OH OO...

DIMANA TEMPAT BERGANTUNG 2 X

ADA UNION ITU GUNYA ____SOLO



KITA KERJA BAWAH SATU KILANG

RUBBEREX NAMA DIBERI

SAMA-SAMA KITA MAKAN ISI 2 X

JANGAN ADA YANG MAKAN TULANG_____SEMUA



KITA SEMUA MACAM SATU KELUARGA

SAKIT SAKIT SAMA DIRASA HO HO O O....

ADA UNION RASA TERBELA 2X

DARI DITINDAS TAK BERTIMBANG RASA_____SOLO



KITA KERJA BAWAH SATU KILANG

RUBBEREX NAMA DIBERI

SAMA SAMA KITA MAKAN ISI 2X

JANGAN ADA YANG MAKAN TULANG________SOLO



WAHAI KAWAN JANGANLAH LEKA

MARILAH KITA BERSATU HATI HO HO O O...

JANGAN KITA MEMENTING DIRI 2X

UNION INI MILIK BERSAMA _______SOLO

KITA KERJA BAWAH SATU KILANG

RUBBEREX NAMA DIBERI

SAMA SAMA KITA MAKAN ISI 2X

JANGAN ADA YANG MAKAN TULANG _________SEMUA



Hasil ilham: Dikir Rambong Rubberex – Mail / Suri

4.5.09

PERATURAN KERJA SEPARA MASA DILAKSANA BULAN DEPAN

Bernama
2/5/2009



MELAKA: Kementerian Sumber Manusia menjangkakan Peraturan Kerja Separa Masa untuk pekerja sektor awam dan swasta bekerja selepas waktu kerja dapat dilaksanakan pada bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kementeriannya kini di peringkat akhir menggubal peraturan itu di bawah Akta Kerja 1955.

"Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pekerja sektor awam untuk bekerja separa masa tetapi tidak ada peraturan khusus mengenainya hingga menimbulkan beberapa isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini.


Turut hadir, Presiden Cuepacs, Omar Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Negeri, R Perumal.

Dr Subramaniam berkata isu berkenaan antaranya berkaitan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bayaran kerja lebih masa dan cuti sakit.

Peraturan itu digubal antaranya bagi menetapkan peraturan berkaitan penggajian pekerja separa masa, menentukan faedah minimum kepada pekerja separa masa, mengurangkan pergantungan majikan kepada pekerja asing dan menggalakkan penyertaan tenaga kerja terbiar, katanya.

Beliau berkata kebenaran untuk kerja separa masa itu bagi membantu pekerja yang berpendapatan rendah untuk menambah pendapatan.

Sementara itu, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan supaya membuat penambahbaikkan terhadap skim perjawatan bagi memberi peluang yang lebih baik dalam kenaikan pangkat.

Katanya jawatan berkenaan termasuk operator pemprosesan data, pembantu tadbir rendah dan operator mesin.

"Cuepacs juga meminta kerajaan memberi insentif khas kepada kakitangan yang berkhidmat tengah malam iaitu 12 tengah malam hingga 6 pagi supaya mereka ini lebih selesa bekerja dan tahap kesihatan mereka terjamin," katanya.
Omar turut berharap dapat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum 14 Mei ini bagi mengemukakan beberapa perkara berkaitan kebajikan kakitangan sektor awam.

Beliau berkata surat untuk pertemuan itu telah dihantar tiga minggu lepas dan masih belum mendapat jawapan. - Bernama

4.5.09

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2009

UCAPAN YB DATUK DR. S.SUBRAMANIAM,
MENTERI SUMBER MANUSIA MALAYSIA

SEMPENA PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2009
PADA 2 MEI 2009, JAM 9.30 pagi
DI STADIUM PUTRA BUKIT JALIL


YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Yang Berbahagia Tan Sri Mohd. Sidek Bin Hassan
Ketua Setiausaha Negara

Yang Berhormat Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan
Timbalan Menteri Sumber Manusia

Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Bin Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ R. Segarajah
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

Yang Berbahagia Dato' Azman Shah Bin Dato' Seri Harun
Presiden Persekutuan Majikan – Majikan Malaysia (MEF)

Yang Berbahagia Tuan Syed Shahir Bin Mohamud
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Yang Berbahagia Tuan Haji Omar Bin Osman
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan, warga pekerja yang saya hormati sekalian.


Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya, bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di atas kesudian beliau melapangkan masa, hadir bersama kita di majlis Perhimpunan Hari Pekerja pada tahun ini. Sesungguhnya kehadiran YAB Dato’ Sri akan memeriahkan lagi majlis pada pagi ini. Saya bersyukur kerana pada tahun ini sekali lagi kita dapat menyambut Hari Pekerja dalam keadaan harmoni dan sejahtera, walaupun negara sedang menghadapi masalah akibat kelembapan ekonomi global.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada warga pekerja yang telah datang beramai-ramai untuk menyertai perhimpunan hari ini. Saya merasa amat terharu dengan sambutan yang begitu menggalakkan pada perhimpunan hari ini yang disertai oleh 91 kontinjen daripada perkhidmatan awam dan 60 kontinjen sektor swasta.

Kerana Mu Malaysia Maju merupakan tema Perhimpunan Hari Pekerja pada tahun ini. Tema ini dipilih sebagai penghargaan Kerajaan bagi mengiktiraf jasa serta sumbangan warga pekerja dan majikan yang telah memainkan peranan masing-masing sebagai satu pasukan ke arah menjadikan Malaysia negara maju.

YAB Dato’ Sri, bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya ingin menyatakan di sini bahawa kami komited untuk bersama-sama dengan YAB Dato’ Sri bagi menjayakan konsep “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Saya yakin seluruh warga pekerja dan majikan di negara ini juga akan turut bersama-sama YAB Dato’ Sri dalam merealisasikan konsep ini. Para pekerja diseru menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang menjadi teras kepada konsep ini iaitu Budaya Kecemerlangan; Ketabahan; Rendah Hati; Penerimaan; Kesetiaan; Meritokrasi; Pendidikan dan Integriti. Saya yakin sekiranya kita semua menghayati nilai-nilai ini, kita akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang.

YAB Dato’ Sri dan para hadirin yang dihormati sekalian,
Krisis ekonomi global yang sedang berlaku telah memberi impak negatif kepada kebanyakan negara. Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis tersebut. Antara sektor yang terjejas oleh krisis ekonomi adalah sektor pembuatan, khususnya subsektor elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian. Akibat daripada kelembapan ekonomi ini telah menyebabkan peningkatan kadar pemberhentian pekerja. Dalam hubungan ini, di antara langkah awal Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menangani isu pemberhentian pekerja, adalah pewujudan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat Kebangsaan dan Negeri yang bermesyuarat setiap bulan untuk memantau dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi impak krisis ekonomi terutamanya terhadap pekerja yang diberhentikan. Dalam usaha meningkatkan accessibility khidmat bantuan Kerajaan kepada rakyat, Kementerian juga telah menubuhkan Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian Pekerja di Kementerian Sumber Manusia dan 80 Bilik Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja yang ditempatkan di Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara. Bilik gerakan tersebut diwujudkan untuk memantau kes-kes pemberhentian tetap, pemberhentian sukarela, pemberhentian sementara dan pengurangan gaji. Bilik gerakan ini juga akan mendapat dan mengesahkan kekosongan jawatan, membuat penempatan semula pekerja dan memberi latihan kepada mereka yang tidak dapat ditempatkan.

Dari bulan Oktober 2008 hingga 30 April 2009, seramai 17,436 pekerja tempatan telah diberhentikan secara tetap, manakala 7,418 lagi diberhentikan kerja secara sukarela (VSS). Majoriti daripada pekerja-pekerja yang diberhentikan adalah dari sub-sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan. Dengan komitmen dan usaha yang berterusan daripada pihak Kementerian Sumber Manusia, sehingga 30 April 2009, seramai 7,285 orang daripada pekerja yang diberhentikan kerja telah berjaya ditempatkan semula. Kerajaan menggalakkan para majikan agar mengambil pekerja yang diberhentikan dengan memberikan beberapa insentif percukaian. Kementerian Sumber Manusia bersedia untuk memberi latihan bagi bidang kemahiran yang diperlukan oleh industri, termasuk pemberian elaun kepada pelatih terbabit.

Pada tahun 2009, Kementerian telah mengenal pasti sebanyak 209,675 peluang pekerjaan yang berpotensi untuk diisi oleh rakyat tempatan di sektor pembuatan, perkhidmatan, perladangan, pertanian dan pembinaan. Kementerian berharap akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, di samping majikan terus mengutamakan pengambilan pekerja tempatan. Majikan hendaklah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menarik minat rakyat tempatan bekerja seperti membuat penyesuaian masa bekerja dan menawarkan kadar gaji yang bersesuaian dengan kerja yang dijalankan.

Kementerian juga turut melaksanakan program Community-based Employment Support Service (CESS) yang meliputi 3 elemen penting iaitu Perancangan Guna Tenaga Nasional, Program Bimbingan Kerjaya dan Program Penempatan serta Pembangunan Kerjaya. Kementerian juga sedang giat menubuhkan 22 buah Pusat JobsMalaysia untuk melaksanakan Program CESS di seluruh negara. Pusat JobsMalaysia merupakan pusat sehenti di mana majikan yang memerlukan pekerja dan pencari kerja boleh mendaftar supaya pemadanan pekerjaan dapat dilakukan. Selain daripada itu, Kementerian juga telah memperluaskan liputan JobsMalaysia kepada sektor awam. Sukacita dimaklumkan bahawa, sejak dilaksanakan mulai Mei 2008 sehingga 26 April 2009, sebanyak 306 majikan dari pelbagai agensi Kerajaan telah menggunakan portal JobsMalaysia untuk mencari calon pekerja. Satu pelan induk Pelan Induk Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan juga telah digubal bagi menyusun dan melaksanakan langkah–langkah untuk meningkatkan serta memantapkan lagi tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di negara ini.

Para hadirin sekalian,
Saya ingin menggesa semua majikan mengubah persepsi mereka terhadap pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan mereka kepada pekerja asing. Selama ini majikan menganggap pekerja tempatan kurang komited terhadap kerja berbanding pekerja asing. Majikan hendaklah menimbangkan pembayaran gaji yang setimpal dengan kemahiran dan pengalaman pekerja. Pekerja tempatan pula harus menukar sikap daripada terlalu memilih kerja sehingga sanggup menganggur. Pekerja tempatan juga perlu memperkukuhkan jati diri, meningkatkan disiplin dan memiliki ketabahan dan daya tahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran alam pekerjaan.

Untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan pekerja tempatan dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan, saya ingin mencadangkan supaya imej, kualiti latihan dan kemudahan di tempat kerja serta suasana dan masa bekerja di naik taraf. Kesan langsung daripada penambahbaikan ini akan menghasilkan pekerja yang multi-tasked dan multi-skilled. Ini akan membawa kepada peningkatan kepada mutu kerja dan seterusnya peningkatan di dalam gaji pekerja tersebut, dan akhirnya akan menarik minat pekerja tempatan untuk menyertai bidang berkenaan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada tokoh-tokoh dan organisasi yang bakal diisytiharkan sebagai penerima anugerah. Pada tahun ini, sebanyak 13 kategori anugerah dipertandingkan iaitu antaranya Pekerja Cemerlang, Majikan Prihatin, Majikan Berdaya Saing dan Kesatuan Sekerja Contoh. Saya amat gembira dengan jumlah penyertaan pertandingan yang semakin meningkat, berbanding sebelumnya. Bagi mereka yang tidak terpilih pula, tidak bermakna segala usaha mereka tidak diiktiraf atau dihargai oleh Kerajaan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak atas kesudian YAB meluangkan masa menyertai Perhimpunan pada pagi ini dan seterusnya menyampaikan amanat kepada semua warga pekerja dan majikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja dan majikan di sektor awam dan swasta, yang bersama-sama menjayakan perhimpunan sambutan hari pekerja pada pagi ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja 2009 kepada semua. Kerana Mu, Malaysia Maju.

Sekian, terima kasih.

3.5.09

Malaysia sedia maklumat pekerjaan

Utusan Malaysia - Ahad, 3 Mei 2009

KUALA LUMPUR 2 Mei – Pusat JobsMalaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bakal menjadi pusat pemprosesan utama kepada rakyat Malaysia dalam mencari pekerjaan yang sesuai.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pusat itu akan memberikan khidmat bimbingan kerjaya termasuk menyediakan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan oleh kerajaan.

Menurutnya, sebanyak 22 buah Pusat JobsMalaysia akan ditubuhkan di seluruh negara.

‘‘Pusat JobsMalaysia akan menjadi pusat sehenti di mana majikan yang memerlukan pekerja dan pencari kerja boleh mendaftar supaya pemadanan pekerjaan dapat dilakukan,’’ katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya Pusat JobsMalaysia, pelaksanaan program Perkhidmatan Sokongan Pengambilan Pekerja Berdasarkan Komuniti (CESS) akan lebih mudah dilaksanakan di seluruh negara.

‘‘Segala perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada majikan dan pencari kerja,’’ jelasnya.

Subramaniam memaklumkan kementeriannya akan memperluaskan liputan JobsMalaysia kepada sektor awam.

‘‘Ia sebagai maklum balas berdasarkan rekod kementerian bahawa sebanyak 306 majikan daripada pelbagai agensi kerajaan telah menggunakan portal JobsMalaysia semenjak dilaksanakan mulai Mei 2008 hingga 26 April 2009,’’ katanya.

3.5.09

CUEPACS MINTA TAMBAH JAWATAN RENDAH

2/5/2009

MELAKA: Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan penambahbaikan beberapa jawatan rendah dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini dalam usaha menjamin kebajikan pekerja terbabit terbela.

Presidennya, Omar Osman, berkata setakat ini kongres itu sudah mengenalpasti beberapa jawatan peringkat rendah yang memerlukan penambahbaikan segera oleh kerajaan supaya pekerja terbabit dapat meningkatkan produktiviti selain mengelakkan rasa tidak puas hati.

"Saya berharap jawatan seperti operator pemprosesan data, operator mesin dan pembantu tadbir rendah dapat pembelaan sewajarnya dari segi pemberian insentif khas terutama bagi mereka yang berkhidmat pada waktu tengah malam," katanya.

"Ada ramai yang bekerja misalnya bermula jam 12.30 malam hingga 6 pagi tetapi tidak mendapat apa-apa bayaran atau insentif tertentu," katanya selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2009 anjuran Cuepacs yang dirasmikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dekat sini, semalam.
Posted by CUEPACS

Template by:
Free Blog Templates