28.11.09

MANDAT AHLI









Mesyuarat Khas yang diadakan pada 28 November 2009 bertempat di Dewan Kasturi Melaka telah dihadiri oleh ahli-ahli Kesatuan Sekerja, Mereka datang setelah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, masyarakat, keluarga (Hari raya haji) dan tiba pula tanggungjawab sebagai ahli Kesatuan untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian akan isu CA dan Kajiselidek.
Ahli kesatuan telah mengambil kesempatan menanyakan banyak soalan salah satunya kajiselidek yang rata-ratanya merasa kecewa diatas perbuatan Majikan. Pegawai Perhubungan Bro Veera bersama Setiausaha Bro Lee dari Cawangan dan Jawatankuasa tapak kerja Melaka
akhirnya telah berjaya menjawab setiap soalan-soalan yang diberi dengan penuh keyakinan.
Sesungguhnya suara ahli dan pekerja adalah satu suntikan kepada barisan Jawatankuasa Perunding CA yang cuba dimanipulasikan oleh pihak majikan, ketahuilah ahli atau pekerja peringkat bawahan inilah yang memberi sumbangan terbesar jatuh bangunya sesebuah syarikat, Siapa yang tidak sayangkan syarikat yang telah menyara kehidupan harian kita? jangan buang masa lagi dengan pertikaian CA ini lagi, Persaing-pesaing syarikat kita hanya menunggu peluang diatas kelemahan ini, bertaubatlah wahai majikan.....?

JEBAT

25.11.09

KAJI SELIDIK YANG MEMBAWA FITNAH

PADA 19 & 20 NOV 2009 PIHAK MAJIKAN TELAH MEMANGGIL PEKERJA DI BAWAH SKOP KESATUAN DENGAN ALASAN SOAL KAJI SELIDIK CA. DALAM 14 SOALAN YANG DIBERI TERNYATA PIHAK MAJIKAN CUBA MELAGA-LAGAKAN PIHAK KESATUAN DAN AHLINYA. INIKAH KEHARMONIAN YANG DICARI OLEH PIHAK MAJIKAN?

DALAM TEMPOH 2 HARI KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN SAYA LIHAT PIHAK MAJIKAN BANYAK MENABUR FITNAH TERHADAP PIHAK KESATUAN

1- PIHAK MAJIKAN TIDAK PERNAH BERBINCANG DENGAN KESATUAN TENTANG KAJI SELIDIK YANG INGIN DIJALANKAN TERHADAP AHLINYA

2- PIHAK KESATUAN TELAH MEMBUAT BANTAHAN PADA HARI YANG SAMA TETAPI PIHAK MAJIKAN MASIH BERDEGIL UNTUK MENERUSKAN KAJISELIDIK WALAUPUN
MENIMBULKAN KEKECOHAN(PERGADOHAN,PERTENGKARAN DI TEMPAT KERJA SAMA ADA KESATUAN DAN PIHAK MAJIKAN)

3- AHLI KESATUAN TELAH DIUGUT OLEH KETUA MASING MASING (AHLI TERPAKSA PERGI DEMI MENGHORMATI KETUA TAKUT OVER TIME TIDAK DIBERI)

4- ADA AHLI KESATUAN YANG TIDAK MEMJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DIBERIKAN
DAN ADA YANG MEROSAKAN JAWAPAN TANDA PROTES (CONTOH SOALAN 13 ADA LIMA PILIHAN DALAM SATU SOALAN YA ATAU PUN TIDAK)

5- PIHAK MAJIKAN TELAH BERBOHONG SEOLAH-OLAH PIHAK KESATUAN TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG PERJANJIAN BERSAMA CA

6- PIHAK MAJIKAN CUBA MEMPENGARUHI AHLI KESATUAN SUPAYA MENDESAK KESATUAN MENERIMA APA YANG DIBERI OLEH PIHAK MAJIKAN WALAUPUN
PIHAK MAJIKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN YANG BESAR (RUJUK PROFIT 2008)

7- PIHAK MAJIKAN CUBA MENAKUT-NAKUTKAN AHLI KESATUAN SEKIRANYA PERJANJIAN BERSAMA TIDAK BOLEH DI SELESAIKAN IA AKAN DIRUJUK KE MAHKAMAH DAN PEKERJA AKAN MENGALAMI KERUGIAN,
DISINI SAYA INGIN BERTANYA SEKIRANYA PIHAK MAJIKAN MENGAMBIL BERAT PADA PEKERJA-PEKERJANYA MENGAPA? APA? YANG DIMINTA (BERPATUTAN) OLEH WAKIL KESATUAN PIHAK MAJIKAN TIDAK BERI.
KETAHUILAH PIHAK MAJIKAN SETIAP KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH KESATUAN
IA DISOKONG OLEH AHLI-AHLINYA

8- PIHAK MAJIKAN SENGAJA MEMINTA DATA PERBANDINGAN ANTARA KILANG- KILANG MENGENAI APA YANG DIMINTA OLEH PIHAK KESATUAN SEDANGKAN SEGALA DATA YANG DIMINTA TELAH SEDIA ADA.
PIHAK MAJIKAN TETAP MENOLAK SEGALA DATA YANG DIBERIKAN KERANA PERBANDINGAN KEBAJIKAN/KEUNTUNGAN PEKERJA KILANG LAIN JAUH LEBIH BAIK

DRP:-

JEBAT

20.11.09

MOGOK

Tindakan mogok adalah di bawah kawalan Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Terdapat beberapa jenis tindakan perusahaan yang tergolong
dalam definisi mogok seperti:

a. Melambatkan kerja (go slow);
b. Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
c. Enggan membuat kerja lebih masa.

Menerusi tindakan tersebut di atas, walaupun pekerja terus
bekerja tetapi akan berlaku pengurangan dalam pengeluaran
dan pengurangan pengeluaran dengan sengaja adalah
dianggap sebagai mogok. (Award Mahkamah Perusahaan
bilangan 28 tahun 1975 menyatakan “A slow-down or goslow
and work-to-rule by workers are forms of strike under the
Industrial Relations Act”)
Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja
juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan
Perlu (Essential Services) kerana dalam organisasi
sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk kerja lebih masa
oleh majikan.

Prosedur Mogok

Sesebuah kesatuan yang hendak melancarkan mogok
hendaklah mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta
Kesatuan Sekerja 1959. Bagi perkhidmatan yang
ditakrifkan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967, selain daripada mematuhi
peraturan-peraturan di bawah Akta Kesatuan Sekerja
1959, kesatuan juga dikehendaki mematuhi peruntukanperuntukan
di bawah Seksyen 43 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 seperti berikut,
• memberi notis kepada majikan selama 42 hari
sebelum melancarkan mogok;
• tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21
hari selepas memberi notis itu;
• tidak melancarkan mogok sebelum luputnya
tarikh yang ditetapkan dalam notis itu.
Untuk melakukan mogok secara sah, selain daripada
mematuhi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan
Peraturan-peraturannya, sesebuah kesatuan sekerja juga
perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta
Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan Kesatuan
Sekerja berkenaan.

Wildcat Strike

Ialah tindakan mogok yang biasanya dilakukan oleh:
• pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan; atau
• kesatuan sekerja tetapi tidak mematuhi prosedur
ditetapkan.
Pada amnya mereka yang tidak berkesatuan tidak
dibenarkan untuk melancarkan mogok.
Menurut Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan 1967,
mogok itu dianggap sebagai mogok haram sekiranya:
• Ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta yang
sama atau mana-mana undang-undang bertulis;
• Ianya mempunyai objektif lain selain daripada
perlanjutan kepada pertikaian perusahaan yang
melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan;
• Dilakukan oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli
kesatuan sekerja.

Larangan Untuk Mogok

Seksyen 44 Akta Perhubungan Perusahaan 1967
melarang tindakan mogok dalam situasi seperti berikut:-
• Dalam tempoh di mana Lembaga Penyiasat dilantik
menurut Seksyen 34 Akta Perhubungan Perusahaan
1967 menjalankan penyiasatan dan dalam tempoh 7
hari selepas penyiasatan itu selesai;
• Berkaitan dengan sebarang perkara yang diliputi
perjanjian bersama yang telah diambil perhatian oleh
Mahkamah Perusahaan atau perkara yang diliputi
oleh keputusan (award) Mahkamah Perusahaan;
• Berkaitan dengan hak majikan (management’s
prerogatives) di bawah Seksyen 13(3) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967;
• Dalam tempoh tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan
sedang dikendalikan.
Hukuman Bagi Mogok Haram
Seksyen 46 Akta Perhubungan Perusahaan 1967
memperuntukkan seseorang pekerja yang melibatkan diri
dalam mogok haram, jika disabitkan kesalahan boleh:
• dipenjarakan tidak melebihi satu tahun; atau
• denda tidak melebihi RM1,000.00; atau
• kedua-duanya.

Tutup Pintu (Lock-Out)

Tutup pintu (lock-out) adalah tindakan yang boleh diambil oleh
majikan bagi mendesak atau menekan kesatuan sekerja
supaya menerima syarat-syarat atau peraturan yang
ditawarkan oleh majikan kepada pekerja

20.11.09

PIKET

Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap
diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 membenarkan seorang atau lebih pekerja,
hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja
secara aman bagi tujuan:
• mendapatkan atau menyampaikan maklumat.
• memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya
bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya pertikaian
perusahaan.
Walau bagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:
• Secara aman;
• Tidak mengancam mana-mana orang;
• Tidak menghalang jalan/pintu masuk dan keluar ke
premis majikan oleh pekerja yang terlibat secara
langsung dalam pertikaian tersebut; dan
• Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja boleh hadir
hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan
disiplin serta memastikan bahawa pekerja-pekerja itu
mematuhi peruntukan berkenaan.
Piket merupakan tindakan perusahaan yang dilakukan oleh
pekerja di luar waktu kerja mereka iaitu:
• pada waktu makan tengahari,
• sebelum, atau
• selepas waktu kerja.
Piket kebiasaannya merupakan usaha kesatuan untuk
mendesak majikan menurut kehendak pekerja
memandangkan terdapat beberapa syarat yang
menyukarkan pekerja melancarkan tindakan mogok secara
sah.
Menurut seksyen 40(3) Akta Perhubungan Perusahaan
1967, mana-mana orang yang bertindak bertentangan
dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket seperti yang
dinyatakan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti
berikut:
• Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu
tahun, atau
• Denda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau
• Kedua-duanya.
Tindakan piket dibenarkan dengan syarat ianya tidak
dilakukan di luar batas undang-undang. Tujuan piket itu
dibenarkan adalah untuk memberi peluang kepada pihakpihak
yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati
mereka. Walau bagaimanapun hubungan industri yang
harmoni dan kompetitif perlu dipelihara dan diberi
keutamaan kerana ia secara tidak langsung boleh
membantu pertumbuhan ekonomi negara dalam
merealisasikan Wawasan 2020.

16.11.09

VIDEO PROTES

http://www.youtube.com/watch?v=ekxfAMvcZXg

13.11.09

Global Unions and the Global Forum on Migration and Development



This year on the 4th of November, in parallel to the Global Forum on Migration and Development (GFMD), the Global Unions are organising a forum to call for the respect of Trade Union and other Human rights for migrating workers. In addition, the Global Unions urge the United Nations to “bring the GFMD back within its formal mandate,” as the roots of the GFMD are based at the United Nations.
The central theme for the 2009 GFMD is “Integrating Migration Policies into Development Strategies for the Benefit of All.” The government meetings will be hosted by the Greek government and the Alexander S. Onassis Public Benefit Foundation has been asked to organize the Civil Society Days of the 3rd GFMD. The Onassis Foundation was established in 1975 as an independent foundation following the instruction of the will of Aristotle Onassis. Similar to last year, there will be a strong trade union delegation at the GFMD Civil Society Days.
The GFMD was a result of UN General Assembly resolution that was passed in December 2003 and lead to a UN High Level Dialogue (UNHLD) on International Migration and Development in September, 2006. The UNHLD recommended the creation of a permanent forum on migration within the UN structure with the hope of establishing a coherent and cohesive structure to address policy in the area of migration and development. But in the end, the UNHLD process led to the creation of the GFMD, which has become informal, voluntary, non-binding, and state run process that, “will look to developing a practical agenda on maximizing the gains from the migration and development.”
The Global Unions have previously organised events around the first GFMD in 2007 which was hosted by the Belgian “King Baudoin Foundation” that coordinated the Civil Society Forum on Migration and Development prior to the GFMD. Last year the second GFMD took place in the Philippines. The official Civil Society Day will be hosted by the Ayala Foundation.

9.11.09

KURSUS DAN LATIHAN PENDIDIKAN

Tajuk : Trade Unions in MNCs and Social Dialogue

Tarikh : 16hb-17hb.November 2009

Tempat : Hotel Paradise Sandy Beach Resort
527,Jalan Tanjung Bungah, 11200 Penang.

5.11.09

BONUS PERMINTAAN KONGRES


Berita Harian
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
6/11/2009

KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral. Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan. Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral.
“Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk. “Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral.
Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas. “Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji. “Permintaan itu dibuat oleh saya selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya. Beliau berkata, apa yang dilakukan itu mengikut landasan betul dan menganggap tidak salah sekiranya setiap persatuan yang ada membuat permintaan terhadap pihakkerajaan.
“Saya meminta pada landasan yang betul, saya pun tidak faham maksud Perdana Menteri yang menganggap permintaan saya adalah salah dari segi moral. “Namun, sebagai seorang presiden yang sudah bersama Cuepacs sejak 35 tahun lalu, teguran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperjuangkan hak kakitangan awam pada masa akan datang. “Paling penting, sebagai kakitangan yang paling dekat dengan kerajaan, mereka wajar memperoleh kemudahan yang sepatutnya,” katanya.
Posted by CUEPACS at 09:21 17 comments

4.11.09

PERTANDINGAN BADMINTON KESATUAN SEKERJA ANSELL MELAKA









Template by:
Free Blog Templates