8.12.10

MESYUARAT AGUNG NUECMRP MELAKA




6.12.10

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang berpesatuan, berhijrah kepada perjuangan yang sebenar yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

3.11.10

HAPPY DEEPAVALI

12.10.10

RUMAH TERBUKA NUECMRP MELAKA

11.9.10



Aidilfitri hari kemenangan, kejayaan menempuh halangan, mengenali erti kesenangan bagi mereka yang kekurangan..

Semoga Aildilfitri ini membawa keberkatan,kemakmuran, kebahagian, keceriaan InsyahAllah...

Terima kasih atas sokongan padu ahli-ahli semua..

.Buat semua warga NUECMRP dan Kenalan...






Ibu Pejabat NUECMRP


10.8.10

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

3.8.10

NUECMRP PERAK TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU





Hi apa khabar? Greetings from Ipoh.

 

After such a long absence and silence, we now have come with this new idea of reach the peak and to inspire

our comrades by taking a challenge to reach the sky, but at least reach the Mt. Kinabalu in Sabah (4095.2m above sea level)

South East Asia's highiest mountain.

 

Kami sekumpulan pekerja yg terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan,

serta ahli-ahli seramai 7 orang telah berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu di Sabah, tujuan

expedisi ini adalah untuk melahairkan "Team-Spirit' serta untuk mengkibarkan banner bantahan

kepada pindaan-pindaan kepada undang-undang Buruh. Expidisi ini telah bermula pada 24hb dan telah akhiri

pada 27th Julai 2010. 4 lelaki dan 3 perempuan telah melibatkan diri dalam cabaran mendaki gunung

Kinabalu, kumpulan ini di ketuai Sdra. Arjunan (IRO) yang berusia 57 tahun. Semua perserta telah berjaya

medaki kepuncak gunung tersebut, ketinggian gunung adalah 4095.2m (13,435 kaki) dari paras laut.

 

Semua kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh diri sendiri. Expidisi ini jelas menunjukan kewibahaan dan

keazaman yang kuat serta team-work boleh mencapai matalamat kita, kumpulan ini telah menjalankan beberapa latihan intensif seperti mendaki gunung-gunung yang kecil seperti Kledang Hill, Mexwell Hill(Bukit Larut ketinggian 1036m paras laut) diTaiping selama 4 bulan sebelum kepuncah ataupun the "Kinabalu Summit', usaha ini adalah untuk menyedarkan diri serta untuk membangkitkan keazamn yang terpendam dalam diri kita sekian lama dan tidak mendapat exposure. Ahli-ahli kita hanya berhasrat untuk bekerja setiap hari serperti robot, maka kita telah lupa bahaw kita sebagai manusia insan dimana kita ragu-ragu untuk membuat sesuatu yang mencabar 'the imposible' dan ini telah membuat kita "Complacent" dan terlalu bergantung kepada unsur yang digelar sebagai 'takdir' - the choice is ours whether we want to do it or not!!!!!!!!!!! come on guys try something for own committe / workers and reach the skys and feel the creation of the almighty! don't sit there and wait for miracles to happen, we must make that miracles and bring aboutchange in oneself, before we can or try to change the othe fellow, so go out and claim a hill and feel the air and energise yourself to face the management for better bargaining power.

 

So, Kesatuan Cawangan Perak mengalualukan sdra/sdri untuk mencuba sesuatu untuk menguatkan keazaman kita supaya kita dapat

menjalankan Kesatuan kita dengan lebih aggresive dan effective dan kami sedia untuk menolong anda.

Bersama-sama ini kami attach beberapa gambar untuk paparan anda.

 

Hidup Union! Hidup Union" Selamt berjuang'

 

Sekian terima kasih

 

Utusan dari The White Tigers

"Less is More" (working towards 'Decrease')

 

Arjunan

Langkah Jebat

Ipoh

 

Template by:
Free Blog Templates