
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah cadangan pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu, kata presidennya Mohd Khalid Atan.
Beliau berkata keputusan untuk berpiket di seluruh negara diputuskan malam semalam pada mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari lebih 100 kesatuan.
"Kita putuskan untuk berpiket di seluruh negara kerana Kementerian Sumber Manusia berkeras untuk meneruskan pindaan itu walaupun kita minta ditangguhkan agar lebih banyak perbincangan boleh dibuat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya MTUC membantah dengan kerasnya pindaan itu dan telah menghantar surat meminta menangguhkan pindaan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC) 3 Okt sebelum kira-kira 200 anggota MTUC berpiket di luar Parlimen hari itu.
"Ramai pekerja dan pemimpin kesatuan tidak berpuas hati dengan kementerian itu yang tidak menghiraukan bantahan kita terhadap cadangan pindaan tersebut dan meneruskan pembentangan. Sehubungan itu, kita putuskan untuk mengadakan piket bagi menunjukkan betapa kita tidak puas hati," tambah beliau.
Mohd Khalid berkata MTUC akan juga menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatakan alasan mereka menolak pindaan itu.
Antara bantahan ialah kesatuan sekerja mendakwa pindaan itu membenarkan penggunaan syarikat menyumberan.
Selain itu, MTUC juga mahu cuti bersalin dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari dan peraturan mengenai gangguan seksual tidak terdapat dalam pindaan terkini.
Bagaimanapun, Dr Subramanian ketika membentangkan pindaan itu minggu lalu, menerangkan pendirian kerajaan dalam memasukkan peruntukan yang menghendaki pendaftaran kontraktor buruh.
Beliau berkata memasukkannya bukan untuk menggalakkan penyumberan buruh seperti yang dikhuatiri MTUC, tetapi bagi memastikan perlindungan bagi hak-hak pekerja yang dibekalkan oleh kontraktor khasnya dalam sektor perladangan.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Okt. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.
Kali terakhir MTUC berpiket ialah pada 2007 mengenai isi gaji minimum di sektor swasta.

Sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok. Antaranya ialah hospital / klinik, lapangan terbang, lif dan tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah dan ruangan pejabat swasta dengan sistem penghawa dingin yang berpusat.
Namun begitu, masih terdapat perokok yang menghisap rokok di kawasan yang disenaraikan. Malah penulis sendiri pernah ternampak orang yang merokok di lobi hotel yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, tetapi tiada seorang pun yang menghalang dia merokok.
Premis kerajaan merupakan tempat larangan merokok, tetapi puntung rokok masih terdapat di sekitar laluan masuk dan tandas berhawa dingin.
Ini bererti terdapat orang yang merokok di tempat larangan merokok ini.
Perokok Malaysia adalah degil. Mereka berokok di merata-rata tempat tanpa memikir tentang orang lain.
Perokok muncul di merata-rata tempat, di kedai mamak, kedai kopi dan di atas jalan. Walaupun apa awalnya mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi apabila merokok, mereka akan berkumpul dan merokok dengan sewenang-wenangnya.
Kerajaan telah mengeluarkan undang-undang dan akta untuk mendenda sesiapa yang merokok di tempat awam. Mereka yang melanggar undang-undang akan didenda sehingga RM10,000 ataupun dipenjarakan selama 2 tahun. Namun jumlah penduduk yang merokok di tempat awam masih tinggi.
Kerajaan telah membuat dasar, mengubal undang-undang untuk menangani masalah merokok di tempat awam, tetapi tidak ada tindakan penguatkuasaan dilakukan. Oleh yang demikian, masih terdapat orang merokok di tempat larangan ini.
Penguatkuasaan yang ketat amat diperlukan untuk melarang orang yang merokok secara suka hati di mana-mana tempat larangan.
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Tuan yang Dipertua, saya sedih dan kecewa mendengar hujjah-hujjah ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional. Nampaknya, selain daripada Rembau dan Kapit mereka tidak memahami masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja kontrak di Malaysia.
Izinkan saya memberi satu contoh daripada kawasan saya. Kilang simen, APMC dan sekarang dipanggil Lafarge, telah menjadikan "house-keeping" tugas yang dikontrakkan ke pihak ketiga 12 tahun dahulu. Pekerja di bahagian ini diberi pilihan - berhenti kerja dan dapat pampasan seperti dicatit dalam undang-undang ataupun kerja untuk kontraktor yang ambil alih tugas "house-keeping". Hampir kesemua kerja pilih berkerja untuk kontrakto "A". Masalahnya adalah selepas tiga tahun, bila sampai masa untuk membaharui kontrak, kontraktor "A" telah memberitahu pekerjanya bahawa ada seorang kontraktor baru yang menawarkan sebut harga yang lebih rendah. Jadi kontraktor "A" memberi pilihan pada pekerja - terima potongan gaji ataupun hilang kerja. Pekerja terpaksa memilih potongan gaji. Situasi seperti ini telah berulang tiap tahun. Sekarang selepas 12 tahun gaji harian pekerja housekeeping telah menurun daripada RM32 sehari ke RM 22 sehari sekarang.
Inilah antara masalah yang dihadapi oleh pekerja kontrak. Gaji turun dari masa ke semasa, dan tiada sekuriti kerja. Pekerja hilang keahlian mereka di kesatuan Nonmetallic Union. Dan sekarang jika dia diberhentikan kerja, bolehkah kontraktor yang bukan seorang jutawan membayar pampasan berhenti kerja?
Inilah sebabnya saya kecewa dengan respons Kementerian Sumber Manusia. Menteri berkata pindaan ini dilakukan untuk melindungi pekerja kita. Jika melindungi pekerja, boleh saya menyokong tetapi apa yang dibawa sini adalah begitu sedikit. It is not enough! Kita hanya mahu mendaftarkan kontraktor dan mewajibkan mereka menyimpan senarai pekerja mereka. Mengapa tidak memperketatkan Seksyen33. Pada masa ini, Seksyen 33 (1)(b) hanya mempertanggungkan majikan principal untuk gaji bulan terakhir untuk seorang pekerja kontrak. Principal tidak diwajib membayar KWSP ataupun Perkeso, ataupun pampasan berhenti kerja jika kontraktor itu melarikan diri tanpa melakukan bayaran ini.
Ataupun Kementerian Sumber Manusia boleh membawa pindaan untuk haramkan pemberian kontrak untuk kerja-kerja yang berterusan. Kerja kontrak hanya dibenarkan untuk kerja bercorak bermusim atau sementera. Tetapi Kerajaan gagal buat begini. Hanya membawa satu pindaan yang begitu lemah, yang tidak dapat mengawal masalaah kontraktualisation.
Tuan Speaker, pekerja kita menghadapi dua masalah yang besar - satu adalah pekerja asing yang membanjiri pasaran buruh Malaysia, dan kedua adalah kaedah mengkontrakkan pekerjaan secara yang leluasa. Kita sekarang sedang memindakan Akta Kerja, tetapi kita tidak memakai peluang ini untuk mewujudkan perlindungan yang lebih ketat untuk para pekerja.
Tuan Speaker, masalahnya ialah Malaysia terlibat dalam satu perlumbaan ke peringkat terendah - a race to the bottom, dengan izin. Kita sedang bersaing dengan Vietnam dan Indonesia untuk menarik pelaburan asing. Kita rela menurunkan standard perlindungan untuk pekerja kita. Kita sanggup mengorbankan kesejahteraan pekerja kita. Inilah puncanya masalah Mat Rempit dan gang-gang pemuda India. Peminggiran anak muda kita.
Inilah sebabnya saya kecewa. Saya ingin memohon Menteri menangguhkan Akta Pindaan ini supaya dapat dirujuk ke Jawatankuasa Terpilih untuk memberi Ide. If you need help, we can help you in this.
Saya pohon Akta ini ditangguh.
*Teks ucapan Micheal Jeyakumar (gambar kiri) selaku ahli parlimen Sungai Siput dan ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), membantah pindaan Akta Pekerjaan 1955 semasa sidang Parlimen 6 Oktober 2011 mendebat usul pindaan Akta Pekerjaan.

KUALA LUMPUR, 6 Okt
Meskipun dibantah keras oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selain mengadakan piket di kawasan Parlimen Isnin lalu, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010 diluluskan selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam.
Pagi tadi, MTUC mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam (gambar) dan menggesa agar pindaan Akta Kerja ditarik balik dan ditangguhkan.
Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC.
Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Dr Subramaniam petang tadi, lapor Bernama Online.
The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kerja MTUC akan bertemu esok sebelum mesyuarat majlis am petang Isnin ini.
“Mesyuarat majlis am akan memutuskan tindakan susulan... apa tindakan yang perlu diambil, hanya majlis am merupakan badan tertinggi MTUC,” kata Naib Presiden A Subramaniam ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kementerian Sumber Manusia berkata pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.
Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan.
Semasa menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut, Dr Subramaniam berkata pendaftaran subkontraktor dengan kementerian juga dapat memastikan penyumberan luaran tidak menjadi satu budaya dalam sektor pekerjaaan.
“Lesen penyumberan luaran sebelum ini di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri... sekarang dah beku, tiada lesen baru... dengan pindaan akta ini, subkontraktor pencari pekerja perlu daftar dahulu dengan kementerian bagi memastikan perlindungan dapat diberi kepada pekerja,” katanya.
Pengenalan peraturan berkenaan gangguan seksual pula, Dr Subramaniam berkata adalah untuk mengawal dari segi perhubungan antara majikan dan pekerja.
Isu pendaftaran agensi pembekal tenaga buruh hangat dibahaskan oleh Ahli Parlimen pembangkang yang mahu ia terus dihapuskan dan pengambilan pekerja serta kebajikan mereka diuruskan secara langsung oleh majikan.
Antara wakil pembangkang yang membangkitkan isu tersebut adalah Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat), M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan (PSM-Sungai Siput).
Isnin lalu, Dr Subramaniam berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu tetap diteruskan pada sesi Dewan Rakyat kali ini walaupun ditentang MTUC.
Dr Subramaniam berkata pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.
Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010 bagi mengambil kira pandangan saat akhir daripada pelbagai pihak termasuk MTUC mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955.
“Kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang ‘outsourcing’ seperti yang dituduh mereka,” katanya.
Memahami secara mudah isu Contractor For Labour.
by Mohd Roszeli M on Thursday, October 6, 2011 at 4:45pm
Banyak sudah diperkatakan mengenai isu Contractor For Labour yang ditentang keras oleh aktivis pekerja. Hampir semua komen atau ulasan yang dipaparkan menjurus kepada aspek perundangan atau legislation yang agak sukar difahami oleh mereka yang tidak terlibat secara lansung dengan isu pekerjaan.
Ramai masih tertanya-tanya apakah isu sebenar yang dibantah oleh MTUC berhubung pindaan Akta Kerja 1955 yang menyebabkan MTUC mengambil tindakan piket di depan parlimen pada 3 October 2011.
MTUC dibawah pimpinan Tn Syed Shahir Mohamud telah mula membantah pindaan Akta Kerja 1955 khasnya mengenai isu Contractor For Labour pada bulan December 2010 apabila ianya dicadangkan untuk pembentangan di sesi parlimen. Menteri Sumber Manusia telah menangguhkan pembentangan pindaan Akta Kerja pada masa tersebut dengan alas an untuk menyemak semula beberapa perkara yang melibatkan pindaan akta tersebut. Pada July 2011, Menteri tersebut sekali lagi cuba membentangkan pindaan yang sama beserta dengan Akta Majlis Konsultasi Negara disaat-saat akhir persidangan parlimen bagi tujuan melaksanakan Gaji Minima dalam sector pekerjaan Negara. Bantahan MTUC ketika itu terus berlaku tetapi akhirnya Menteri Sumber Manusia berjaya membentang dan mendapat kelulusan parlimen dengan sokongan majority ahli-ahli parlimen BN untuk melaksanakan Akta Majlis Konsultasi Negara. Bagaimanapun Menteri berkenaan telah menangguhkan pembentangan terhadap pindaan Akta Kerja, Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan atas alasan kesuntukan masa serta memerlukan kajian selanjutnya.
Kini MTUC dibawah pimpinan Sdr Khalid Atan terus dihimpit isu Pindaan Akta Kerja 1955 terutama melibatkan isu Contractor For Labour yang amat membimbangkan majority aktivis pekerja. Sebelum perbincangan dan rundingan antara MTUC dan Kementerian Sumber Manusia dimuktamatkan bagi mencapai persetujuan bersama, pihak Menteri telah menyatakan pindaan akta tersebut akan tetap dibawa ke parlimen dalam sesi persidangan pada bulan Oktober ini. Difahamkan pembentangan pindaan Akta itu akan dimulakan perbahasannya pada 6 Oktober 2011 (hari ini).
Menteri Sumber Manusia dalam penjelasannya kepada MTUC berhubung isu ini memaklumkan pindaan berhubung Contractor For Labour adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja sector perladangan dari terus ditindas oleh majikan yang kebanyakannya terdiri dari contractor-contractor yang membekalkan tenaga buruh untuk sector tersebut. Dengan memasukkan clausa Contractor For Labour dalam pindaan Akta Kerja 1955 tersebut maka majikan yang bergelar pembekal labour ini akan mempunyai ikatan undang-undang untuk dibawa ke muka pengadilan atas pelanggaran contract perkhidmatan dan pekerjaan.
MTUC mengambil pendirian bersetuju dengan tujuan asal ini tetapi dalam masa yang sama berpendapat pindaan ini sewajarnya tidak dibuat melalui akta Kerja 1955 kerana ianya hanya melibatkan sector perladangan tetapi kesan jangka panjangnya akan memudaratkan keseluruhan sector pekerjaan. Menteri tidak perlu pinda akta semata-mata untuk memberi perlindungan kepada sesuatu sector tetapi Menteri sepatutnya menggunakan kuasanya yang diperuntukkan dalam undang-undang untuk membuat Regulation atau Peraturan bagi tujuan tersebut.
Bantahan MTUC adalah berlandaskan kepada beberapa perkara yang melibatkan implikasi Undang-Undang, Perlindungan Jaminan Pekerjaan (Job Security), Kebajikan (Welfare) dan Organizing Kesatuan.
1. Implikasi Undang-Undang
Hubungan antara majikan dan pekerja berstatus tetap diikat melalui Undang-Undang termasuk Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Kesatuan Sekerja dan akta-akta lain yang relevan dengan sesuatu industry. Majikan perlu mematuhi undang-undang pekerjaan dalam menjalankan operasinya ketika mendapatkan khidmat seseorang pekerja berstatus tetap.
Seseorang pekerja diambil secara kontak melalui khidmat Contractor For Labour tidak mempunyai ikatan undang-undang dengan majikan ditempat ianya bekerja. Kontrak perkhidmatan secara terus adalah antara Majikan dan Syarikat Contractor For Labour atau agentnya. Manakala pekerja tersebut pula hanya mempunyai kontrak pekerjaan dengan Syarikat Contractor For Labour yang amat rapuh.
Keadaan ini akan melupuskan hak pekerja tersebut untuk membuat sebarang tuntutan dengan syarikat tempat ia bekerja. Pekerja juga boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa oleh pihak Contractor For Labour atas sebab-sebab perkhidmatannya tidak diperlukan lagi tanpa mendapat apa-apa faedah penamatan (seperti yang dimenterai dalam kontrak perkhidmatannya dengan syarikat Contractor For Labour). Hubungan antara Employer dan Employee hanyalah antara Contractor For Labour atau agentnya dengan pekerja sahaja.
2. Jaminan Pekerjaan (Job Security)
Jaminan Pekerjaan Tetap (Permanent Job) – Majikan akan menggunakani pindaan akta ini untuk menjimatkan kos dalam meningkatkan profit syarikat. Pekerjaan berstatus tetap akan dihadkan dalam mana-mana syarikat dan pengambilan pekerja secara contract akan berleluasa.
Majikan akan menggunakan perkhidmatan syarikat atau agent Contractor For Labour untuk membekalkan tenaga kerja bagi sesuatu industry atau pekerjaan. Malahan Contactor For Labour tersebut pula akan mendapatkan bekalan tenaga kerja dari sub contractor yang membekalkan pekerja. Dengan itu majikan tidak perlu bersusah payah menanggung kos staff seperti medical, EPF,SOCSO dan mengujudkan Perjanjian Kolektif kerana apa yang perlu dilakukan oleh majikan untuk penjimatan kos adalah membuat bayaran secara terus kepada pihak kontraktor yang membekalkan tenaga kerja. Hubungan antara majikan dan pekerja tidak ujud dalam konteks kontrak pekerjaan. Majikan hanya perlu ada kontrak dengan pihak Contractor For Labour sahaja dan membuat bayaran perkhidmatan berdasarkan caj yang dikenakan. Contractor For Labour pula akan mengagihkan bayaran tersebut kepada pekerja-pekerja contract selepas menolak kos operasi mereka dan meraih keuntungan secara mudah.
Sebagai contoh Syarikat A hanya perlu membayar RM20,000 kepada satu syarikat Contractor For Labour (B) untuk membekalkan 15 pekerja production. Syarikat B pula akan membayar RM15,000 untuk syarikat C (agent Contractor For Labour) . Syarikat B akan membuat profit atas angin sebanyak RM5,000 kerana mendapatkan tender dari syarikat A.
Syarikat C seterusnya akan membayar sebanyak RM700 kepada setiap pekerja yang bekerja di lokasi syarikat A. Keuntungan yang diperolehi secara atas angin oleh syarikat C ialah RM4,500, syarikat B ialah RM5,000 dan pekerja hanya layak dapat RM700 setiap seorang sebulan.
3. Kebajikan Pekerja (Welfare)
Kebajikan pekerja yang diambil bekerja secara kontrak oleh agent Contractor For Labour akan terabai kerana majikan, Syarikat atau kilang tidak mempunyai ikatan kontrak pekerjaan yang sah disisi undang-undang secara terus dengan pekerja yang berstatus kontrak. Pekerja hanya terikat dengan kontrak perkhidmatan antara dirinya dan majikan yang bergelar Contractor For Labour.
4. Organizing Kesatuan
Pergerakan Kesatuan Sekerja samada In House Union atau National Union akan lumpuh dan pupus. Pekerja-pekerja berstatus kontrak tersebut akan hadapi kesukaran untuk di organize dan menubuhkan union kerana telah terbukti dalam situasi pekerja berstatus tetap, banyak Kesatuan cuba ditubuhkan tetapi mendapat kekangan dari majikan. Mereka yang berstatus kontrak akan mudah ditamatkan perkhidmatannya kerana Syarikat Contractor For Labour akan mengenakan peraturan yang ketat bagi menghalang penubuhan Kesatuan Sekerja.
Kos menamatkan perkhidmatan pekerja berstatus kontrak juga akan menjadi murah kerana majikan yang menggaji mereka tidak terikat dengan Perjanjian Bersama. Kegagalan menubuhkan Kesatuan akan menyebabkan Perjanjian Bersama tidak boleh diujudkan. Hak-hak dan faedah Perjanjian Bersama seperti kenaikan gaji, faedah perubatan, allowance dan lain-lain lagi dengan sendirinya tidak akan dirasai oleh pekerja yang diambil secara kontrak melalui Contractor For Labour atau agentnya.
Bila keadaan ini berlaku, lama kelamaan pergerakan Kesatuan Sekerja akan terhapus peringkat demi peringkat dan ini amat menguntungkan golongan kapitalis untuk memerah tenaga pekerja disamping hanya perlu menyediakan faedah asas (jika ada).
Tinjauan amalan Contractor For Labour di Negara-negara lain dan kesannya
Negara seperti Japan, Filipina, Indonesia, Thailand dan beberapa Negara lain telah mengamalkan kaedah Contractor For Labour. Tinjauan mendapati kesan dari amalan tersebut telah menyebabkan tenaga pekerja menjadi terlalu murah, Hak Berkesatuan terjejas, Kebajikan pekerja terabai, Pembuangan Pekerjaan berlaku tanpa sekatan, Pekerja menghadapi masalah untuk membawa representasinya kes pekerjannya ke mahkamah, majikan kecil, besar dan multi nasional tidak berminat mengambil pekerja secara tetap dan mencari helah untuk mengamalkan outsourcing secara berskala besar, majikan mengaut keuntungan berlipat kali ganda, Contractor For Labour dan agentnya ujud seperti cendawan tumbuh dan memperkayakan golongan kapitalis. Contractor For Labour akan mengujudkan satu class industry berasaskan perdagangan tenaga manusia. Amalan Contractor For Labour juga akan mengembalikan zaman penghambaan pekerja diawal abad sebelum Perang Dunia. Generasi masa depan akan menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan berstatus tetap (permanent job). Seseorang pekerja terpaksa membayar sejumlah wang bagi menyogok pegawai-pegawai tertentu bagi mendapatkan pekerjaan secara tetap dalam sesuatu organisasi, industry atau jabatan kerana bilangan jawatan tetap amat terhad.
Jika diperhalusi secara terperinci ternyata pindaan Akta Kerja melalui clausa Contractor For Labour mempunyai hasrat tersurat dan tersirat yang akan memberi kesan negatif terhadap masa depan pekerja dan juga Pergerakan Kesatuan Sekerja di Negara ini.
Apakah benar Contractor For Labour tidak membawa ancaman dan bencana kepada system pekerjaan?