3.11.10

HAPPY DEEPAVALI

12.10.10

RUMAH TERBUKA NUECMRP MELAKA

11.9.10



Aidilfitri hari kemenangan, kejayaan menempuh halangan, mengenali erti kesenangan bagi mereka yang kekurangan..

Semoga Aildilfitri ini membawa keberkatan,kemakmuran, kebahagian, keceriaan InsyahAllah...

Terima kasih atas sokongan padu ahli-ahli semua..

.Buat semua warga NUECMRP dan Kenalan...






Ibu Pejabat NUECMRP


10.8.10

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

3.8.10

NUECMRP PERAK TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU





Hi apa khabar? Greetings from Ipoh.

 

After such a long absence and silence, we now have come with this new idea of reach the peak and to inspire

our comrades by taking a challenge to reach the sky, but at least reach the Mt. Kinabalu in Sabah (4095.2m above sea level)

South East Asia's highiest mountain.

 

Kami sekumpulan pekerja yg terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan,

serta ahli-ahli seramai 7 orang telah berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu di Sabah, tujuan

expedisi ini adalah untuk melahairkan "Team-Spirit' serta untuk mengkibarkan banner bantahan

kepada pindaan-pindaan kepada undang-undang Buruh. Expidisi ini telah bermula pada 24hb dan telah akhiri

pada 27th Julai 2010. 4 lelaki dan 3 perempuan telah melibatkan diri dalam cabaran mendaki gunung

Kinabalu, kumpulan ini di ketuai Sdra. Arjunan (IRO) yang berusia 57 tahun. Semua perserta telah berjaya

medaki kepuncak gunung tersebut, ketinggian gunung adalah 4095.2m (13,435 kaki) dari paras laut.

 

Semua kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh diri sendiri. Expidisi ini jelas menunjukan kewibahaan dan

keazaman yang kuat serta team-work boleh mencapai matalamat kita, kumpulan ini telah menjalankan beberapa latihan intensif seperti mendaki gunung-gunung yang kecil seperti Kledang Hill, Mexwell Hill(Bukit Larut ketinggian 1036m paras laut) diTaiping selama 4 bulan sebelum kepuncah ataupun the "Kinabalu Summit', usaha ini adalah untuk menyedarkan diri serta untuk membangkitkan keazamn yang terpendam dalam diri kita sekian lama dan tidak mendapat exposure. Ahli-ahli kita hanya berhasrat untuk bekerja setiap hari serperti robot, maka kita telah lupa bahaw kita sebagai manusia insan dimana kita ragu-ragu untuk membuat sesuatu yang mencabar 'the imposible' dan ini telah membuat kita "Complacent" dan terlalu bergantung kepada unsur yang digelar sebagai 'takdir' - the choice is ours whether we want to do it or not!!!!!!!!!!! come on guys try something for own committe / workers and reach the skys and feel the creation of the almighty! don't sit there and wait for miracles to happen, we must make that miracles and bring aboutchange in oneself, before we can or try to change the othe fellow, so go out and claim a hill and feel the air and energise yourself to face the management for better bargaining power.

 

So, Kesatuan Cawangan Perak mengalualukan sdra/sdri untuk mencuba sesuatu untuk menguatkan keazaman kita supaya kita dapat

menjalankan Kesatuan kita dengan lebih aggresive dan effective dan kami sedia untuk menolong anda.

Bersama-sama ini kami attach beberapa gambar untuk paparan anda.

 

Hidup Union! Hidup Union" Selamt berjuang'

 

Sekian terima kasih

 

Utusan dari The White Tigers

"Less is More" (working towards 'Decrease')

 

Arjunan

Langkah Jebat

Ipoh

 

16.7.10

SALAM TAKZIAH DAN SEMUGA CEPAT SEMBUH



Saya mewakili Kesatuan Sekerja serta Warga Kerja Ansell
mengucapkan Takziah kepada
Pn. Fatimah kerana ayahnya telah kembali ke rahmatullah pada 10 julai 2010
dan
En Salim yang kini terlantar di hospital kerana menghidap penyakit Hati
Kami berdoa agar En Salim cepat sembuh dan tabah dengan ujian dari Allah
Untuk makluman En Salim kini berada di WAD 4 ARAS 2 Hospital Besar Melaka

20.6.10

Perarakan Raksasa Pekerja Bantah Pindaan Akta Pekerja



Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 20 Jun - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perhimpunan raksasa di Putrajaya dalam masa terdekat bagi mendesak kerajaan menarik semula cadangan bagi pindaan terbaru Rang Undang-Undang Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Pekerja dan Akta Kesatuan Sekerja 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Kita akan mulakan dengan 'roadshow' di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada rakyat, terutamanya golongan pekerja sama ada ahli kesatuan atau pun tidak, golongan buruh dan seluruh rakyat Malaysia yang secara amnya akan terkesan daripada pindaan akta yang bakal diwartakan," kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen berkata demikian pada sidang media selepas Forum Perdana 'Pekerja Tolak Cadangan Pindaan Undang-Undang Buruh 2010' yang dianjurkan oleh Gabungan Pekerja-Pekerja Insaf Negeri Selangor (Garis) di sini pagi tadi.

Program forum tersebut dirasmikan Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor oleh Yaakop Sapari.

Selain Abdullah Sani, ahli panel lain yang hadir termasuk Presiden MTUC, Syed Syed Shahir Syed Mohamud dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Antara isu yang dibangkitkan oleh ahli panel kepada pihak kerajaan adalah mengenai prosedur di mana akta tersebut diwartakan tanpa melalui proses yang adil.

Tidak wujud perbincangan di antara ketiga-tiga pihak iaitu, kerajaan, majikan dan pekerja yang mempunyai kepentingan masing-masing di dalam proses pembentukan dasar tersebut.

"Persoalannya adalah, apa niat kerajaan untuk meminda undang-undang ini? Antara lain, niat mereka adalah untuk menyesuaikan negara dengan keadaaan semasa, di mana dunia di dalam persaingan dan undang-undang ini diubah kerana tekanan majikan-majikan.

"Namun dalam perkara penting seperti ini, tidak ada perbincangan yang benar-benar dalam semangat demokrasi dilakukan," kata Syed Shahir.

Beliau menyeru semua pekerja di Malaysia tanpa mengira sektor dan industri untuk bersama-sama berkempen bagi membantah pindaan akta yang telah digerakkan oleh MTUC semenjak beberapa bulan yang lalu.

"Sebenarnya pelancaran bagi kempen ini telah dimulakan semenjak dari pilihan raya Kecil Hulu Selangor. Kita memanfaatkan peluang tersebut dengan mengadakan kempen edaran risalah bagi memberikan penerangan kepada orang ramai dan juga membuat tuntutan kepada parti-parti yang bertanding untuk membawa isu berkaitan pekerja ke Parlimen," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sivarasa mendedahkan Barisan Nasional sering menggunakan kuasa majoritinya di Dewan Rakyat untuk menggagalkan usul bagi memperjuangkan nasib golongan pekerja.

"Mereka bahkan menuduh MTUC telah mempolitikkan isu pekerja di Malaysia. Bagi saya, ini adalah hak golongan pekerja, kerana mereka sepatutnya diberikan suara politik, termasuk di dalam Parlimen," katanya.

Template by:
Free Blog Templates