Perundingan Kolektif
1.Perundingan kolektif adalah satu proses tawar-menawar secara kolektif diantara majikan dan kesatuan sekerja untuk mencapai sebuah perjanjian kolektif.
2.Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan sekerja boleh tanpa membuat pelawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan kolektif.
(Sek 13 )1)(a)(b))APP 1967
Pihak yang menerima pelawaan tersebut hendaklah memberikan jawapannya dalam tempoh 14 hari.
(Sek 13 )(4) APP 1967
Syarat-Syarat Untuk Mengadakan Perundingan Kolektif.
1.Kesatuan sekerja bagi pekerja mestilah telah didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang dikuatkuasakan oleh jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
2.Kesatuan sekerja berkenaan mestilah telah mendapat pengiktirafan daripada majikan.
3.Mana-mana pihak boleh membuat pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif.
4.Pelawaan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan cadangan perjanjian kolektif.
5.Perundingan kolektif mestilah dimulakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh setuju untuk menerima pelawaan bagi mengadakan perundingan kolektif.
(Sek.13(2))APP 1967
6.Mana-mana pihak boleh mengemukakan terma-terma dan syarat-syarat yang dicadangkan untuk dibincangkan di dalam perundingan kolektif kecuali perkara-perkara yang disifatkan sebagai hak keistimewaan majikan seperti berikut:-
a.Kenaikan pangkat
b.Pertukaran tempat bekerja pekerja
c.Pengambilan pekerja-pekerja
d.Penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab lebihan pekerja atau penyusun semula organisasi.
e.Pemecatan dan pemulihan semula pekerja bekerja oleh majikan.
f.Penetapan dan peruntukan tugas-tugas oleh majikan kepada pekerja.
(Sek.13(3))APP 1967
7.Walau bagaimanapun,APP 1967 membenarkan kedua belah pihak untuk membincangkan secara umum perkara-perkara yang menyentuh hak keistimewaan majikan seperti diatas.
(Sek.13(8))APP 1967
8.Sekiranya mana-mana pihak enggan menerima pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif atau gagal memulakan perundingan kolektif dalam tempoh 30 hari dari tarikh persetujuan terhadap pelawaan berkenaan atau jika perundingan kolektif mengalami kebuntuan, pihak yang terkilan bolehlah mengemukakan aduan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM) untuk mendapatkan bantuan penyelesaian.
Sumber dari manual
PERUNDINGAN KOLEKTIF & PERJANJIAN KOLEKTIF
kementerian sumber manusia
jabatan perhubungan perusahaan malaysia
'Toxic masculinity' and the class divide
2 hari yang lalu
1 comments:
TERIMAKASIH BRO IBRAHIM KRN BERI SECOND REMINDER PASTU KALAU DOLAK DALEK BAWA KE JPP KITA NAK DENGAR APA ALASAN LAGI
Catat Ulasan