28.7.09

SEMINAR –ICEM/FNV Asia MNCS & Dialog Sosial







Lapuran ini memaparkan maklumat mengenai objektif, aktiviti yang dijalankan membimbing, termasuk menerokai peluang menjamin hak kaum pekerja, mengemaskini maklumat, memantau, memupuk dan memperkukuhkan sikap amalan terbaik (best practice).
Diketuai oleh :Presiden (Sdr.Rosidi Abu Bakar)
Setiausaha Agung(Sdr.K.K.Siritharan)
Panel/Penasihat/Penceramah :Sdr.Yoon Hywoon&Sdr.Bruno Periera
Teknikal/Penterjemah :Sdr.Sharuddin
Syarikat Terlibat :17
Kesatuan : 3 (NUECMRP) / (NUPIW) / (NON-METALIC)
Kehadiran :L-: 23 Orang P-:12 orang Jumlah Peserta-: 35 orang
Anjuran oleh :NUECMRP Gabungan bersama: ICEM
Tajuk : Trade Unions in MNCs and Social Dialogue
Tarikh : 7hb-10hb.Julai 2009
Tempat : Hotel Palm Inn
No.4802, Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth.

Tujuan :
Menyediakan suatu platform latihan, kemahiran dan pendidikan untuk membina keyakinan dan memberi semangat kepada pucuk kepimpinan di kalangan pegawai Kesatuan atau Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Kecil atau ahli biasa yang berpontensi tanpa segan silu mengemukakan maklumbalas, pandangan dan cadangan mereka yang terkini berlandaskan pemikiran baru dan arah tuju masa hadapan, penekanan dan pendekatan bagi memulih semula kepentingan hak pekerja dilindungi. Subjek yang kami akan memperkenalkan akan memberi kesedaran dan menambahkan ilmu dan kemahiran peserta kursus.Disamping menjalinkan persefahaman secara beterusan selaras dengan peranan gabungan pelbagai Kesatuan
Aktiviti:
Para peserta didedahkan dengan Piawai Antarabangsa untuk MNCs -Dialog Sosial, Tanggungjawab Sosial Koporat, Piawai Teras Buruh ILO, Garis Panduan OECD untuk MNCs ,UN Global Compact, Responsible Care dan Piawai Antarabangsa dan Kesatuan Sekerja.
Seterusnya pada sesi berikut : Apa itu Kesatuan Sekerja?,Apa Aktiviti Harian Kesatuan?,Prinsip-Prinsip Aktiviti Kesatuan, Perundingan Bersama, Kesatuan Industri,Pengorganisasian Pekerja Tidak Tetap dan Merencana Aktiviti Masa Depan.

Setiap individu, mahupun berkumpulan –melontar suara dalam analisis secara umum, kesannya pada kesatuan, kesannya pada syarikat, pendedahan ini merangsang perasaan ingin tahu dan menarik minat peserta, berbicara secara telus mengaju persoalan dan melontarkan pandangan, mengenai pasti kaedah, serta mencari langkah yang terbaik seterusnya meningkatkan pemahaman,pengetahuan dan kesedaran

Ucapan Penghargaan dari Presiden & Setiausaha Agung
Kami mewakili Kesatuan NUECMRP mengucapkan syukur diatas kejayaan dan syabas kepada mereka yang terlibat dalam penganjuran seminar yang julung-julung kali diadakan hasil bergabungan bersama NUECMRP Dan ICEM.
Ribuan terima kasih diucapkan diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan, kepada peserta yang berinisiatif untuk hadir, kepada pemerhati yang komited, terutama kepada Penceramah Sdr.Yoon Hywoon (ICEM) & Sdr.Bruno Periera yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama.Tidak lupa juga kepada Sdr.Saharuddin yang berusaha bertungkus-lumus menjayakan program ilmu yang dirancangkan. Peranan aktif anda semua mengukuhkan perpaduan nasional. Jasa,budi dan bakti anda kami hargai.

Seandainya, terdapat kelemahan/kekurangan di sepanjang kursus, pihak Kesatuan memohon maaf dan akan cuba perbaiki dimasa-masa hadapan. Semoga “masa emas” anda bersama kami tidak disia-siakan, sama-sama kita menaik taraf keupayaan peranan pekerja di mata dunia. “HIDUP KESATUAN, HIDUP PEKERJA” sama-sama kita kekalkan.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates