31.8.09

MISKIN DIBANTU


Cuepacs mahu gaji bawah RM3,000 dikategori golongan daif di bandar KUALA LUMPUR: Kira-kira 600,000 kakitangan awam berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dijangka bakal menerima bantuan kerajaan untuk menambah pendapatan. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata mereka yang merangkumi 45 peratus daripada 1.2 kakitangan awam itu yang kebanyakannya bekerja di bandar, memang tertekan dengan kos sara hidup tinggi sehingga ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.
Beliau yakin dengan kepemimpinan kerajaan kini dapat membasmi segera kemiskinan, terutama di bandar. "Kita juga berharap pemberian RM100 juta dalam bentuk saham amanah percuma kepada rakyat miskin di bandar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merangkumi kakitangan awam. "Kakitangan awam yang mempunyai gaji bawah RM3,000 tiada simpanan masa depan dan ini memberi kesan kepada mereka selepas bersara," katanya.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membantu kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menambah pendapatan, terutama di bandar yang berdepan dengan kos sara tinggi. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, berkata lebih sejuta pekerja swasta tempatan berpendapatan kurang RM1,000 yang memerlukan bantuan berikutan kos sara hidup kian meningkat. Beliau berkata, golongan ini walaupun tidak diklasifikasikan miskin, pendapatan mereka tidak cukup untuk menyara hidup. Katanya, kerajaan perlu menetapkan gaji minimum RM900 untuk semua sektor sebagai langkah awal membantu pekerja berpendapatan kurang RM1,000.
"Ramai lagi pekerja kilang yang masih bekerja dengan gaji bawah RM720 dan lebih menyedihkan mereka tinggal di bandar. "Mereka wajar diberi bantuan dulu kerana boleh dikategorikan miskin," katanya di sini, semalam.

31.8.09

HARGA MINYAK NAIK LAGI


Selepas jam 12 malam ini harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik.Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.05.Walaupun harga RON 95 yang baru diperkenalkan akan sama seperti harga RON 97 yang kini dinikmati dengan harga RM 1.80 namun dari segi kualiti RON 95 tidak dapat menandingi kualiti RON 97 terutama dari segi prestasi.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.
Posted by angkasanuri at 8/31/2009 02:55:00 Pm

28.8.09

Kakitangan awam harap dapat bonus sebelum raya

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Penjawat awam berharap kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus sebelum Hari Raya Puasa ini walaupun bajet 2010 dijadual dibentangkan pada 23 Oktober.
Perkara itu diluahkan beberapa penjawat awam dalam laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
Mayau Sarikei dari Sarawak berkata, setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, beliau dan isterinya akan berbelanja lebih sedikit daripada kebiasaan.
"Bagaimanapun, pada sambutan Hari Lebaran tahun ini, saya dan isteri kena mengurangkan sedikit perbelanjaan berikutan kami berpendapat sidang Belanjawan 2010 hanya akan berlangsung pada Oktober depan".
Beliau berkata, ini bermakna peruntukan untuk memberi bonus kepada penjawat awam menjelang hari raya mungkin tidak dapat dilakukan.
"Oleh demikian, kami berharap YAB Datuk Seri dapat mencari jalan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam bagi menambah persiapan untuk hari raya ini," katanya.
Cadangan beliau disokong individu yang hanya menggelarkan dirinya sebagai penjawat awam yang berkata, memandangkan harga barangan keperluan harian telah meningkat secara mendadak ia amat menggusarkan semua penjawat kerajaan.
"Dengan tiadanya bonus agak menyukarkan kami penjawat awam untuk membuat persiapan hari raya," katanya.
Justeru, beliau berharap Najib yang juga Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan permintaan itu dan memberi bonus sekurang-kurangnya RM1,000 kepada setiap penjawat awam, yang dibayar secara berperingkat iaitu sebelum raya dan pada pertengahan Disember.
Sementara itu, menerusi laman web yang sama, Jayiddin Simon pula mencadangkan agar kerajaan memansuhkan bayaran lesen memandu untuk mengurangkan beban rakyat. - BERNAMA

26.8.09

AHLANWAHSALAN YA RAMADHAN...


26.8.09

Dialog sosial....bahagian 1

Renungan bersama :Dialog sosial

Dialog sosial adalah dialog atau dialog langsung antara rakan sosial atau pihak yang berkepentingan.Siapakah rakan sosial atau pihak yang berkepentingan yang paling penting dalam hubungan perburuhan?Mereka adalah pekerja dan majikan. Oleh kerana itu, kita boleh katakan bahawa dialog sosial adalah dialog bersama dan langsung antara pengurusan dan kesatuan sekerja untuk menangani masalah-masalah yang menjadi perhatian bersama.

Dialog sosial dapat disusun pada peringkat yang berbeza:

· Peringkat kilang

· Peringkat syarikat

· Peringkat tempatan

· Peringkat negeri

· Peringkat industri

· Peringkat Kebangsaan

· Peringkat antarabangsa



Ada berbagai jenis dialog sosial dalam masyarakat.Perjanjian Bersama merupakan jenis dari dialog sosial di Peringkat kilang, syarikat dan industri. Ketika kesatuan sekerja berkonsultasi dengan pengurusan tentang peraturan industri, penstrukturan semula, dan pengangguran, mereka tidak boleh mengharap hasil yang mendasar tanpa keterlibatan dari pemerintah tempatan dan pusat. Menyedari dampak operasi dan produksi syarikat terhadap komuniti dan masyarakat, populasi masyarakat atau penguatkuasa awam dapat termasuk dalam rakan sosial atau pihak yang berkepentingan untuk dialog sosial. Dalam hal ini, perundingan tiga pihak (tripartite) dapat menjadi dialog sosial yang merangkumi buruh, pengurusan dan kerajaan pada peringkat regional atau kebangsaan.


Beberapa aktivitis buruh memiliki pemikiran kritis bahawa dialog sosial disebut “kerjasama kelas” atau “persekongkolan kelas”. Dalam beberapa hal, benar bahawa dialog sosial ini dapat mengurangi atau melemahkan struktur dan kapisiti kesatuan sekerja. Tapi kita perlu mengingat bahawa perjanjian bersama juga merupakan bentuk dari dialog dengan pihak pengurusan. Jika dialog sosial dengan pengurusan dikritik maka perjanjian bersama juga haruslah dikritik dan dilarang.


Dialog mensyaratkan kekuatan dan kapasiti. Selain itu, kekuatan dan kemampuan juga mensyaratkan dialog. Dialog dan pertahanan adalah dua tiang teras dari aktiviti kesatuan sekerja.Kita perlu menterjemahkan dialog sosial secara lebih aktif dan positif dengan sudut pandangan untuk melindungi sumber daya dan ruang aktiviti kesatuan. Dialog sosial bukanlah dialog perseorangan atau dialog tidak langsung.Ini harus dilakukan secara bersama, langsung, dan dialog terbuka.

Kita boleh mengatakan bahawa dialog sosial adalah bentuk dari pertahanan pekerja :-

· Untuk mengutarakan suara mereka

· Untuk mengubahkan dasar-dasar kebangsaan

· Untuk memberi tekanan kepada pengurusan dan kerajaan

· Untuk mendapat faedah dari media masa

· Untuk mempengaruhi pandangan awam

· Untuk meningkatkan kesedaran pekerja dan masyarakat

· Untuk mengubah masyarakat secara umum

Tujuan teras dari dialog sosial adalah penyertaan pekerja dalam pengurusan dalam peringkat syarikat dan penyertaan pekerja dalam membuat dasar dalam peringkat kebangsaan.

Dialog sosial boleh didukung oleh kesatuan sekerja sebagai alat untuk mendorong pemerintahan yang lebih baik dan mendorong perubahan sosial dan ekonomi.

Malangnya, pengetahuan dan pengalaman kita tentang dialog sosial di wilayah dan di syarikat kita sangatlah kurang. Menyedari keadaan dan persekitaraan kita, di mana kita boleh memulakan dialog sosial dengan pengurusan dalam tahap permulaan? Topik dan agenda apa yang seharusnya menjadi inti dari dialog sosial? Bagaimana kita boleh menarik majikan dan pemerintah ke atas meja perundingan bersama, langsung, dan dialog terbuka untuk meningkatkan kondisi kerja dan upah, untuk menwaktuin hak-hak dasar buruh, untuk membangun peraturan pro-buruh, dan untuk mendemokrasikan masyarakat kita? Sehubungan dengan pertanyaan di atas, piawaian antarabangsa mengenai isu-isu buruh dapat dicadangkan secara lebih kuat:-

· Teras Konvensyen ILO

· Panduan OECD untuk MNCs

· UN Global Compact

· Responsible care

24.8.09

KAYA HATI

Barangsiapa memudahkan kesukaran seseorang, Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat" (HR. Muslim).

Tidak mudah merasakan bagaimana sesungguhnya hidup susah, kecuali oleh orang-orang yang sedang mengalami kesusahan hidup. Seperti halnya perasaan saudara-saudara kita yang sedang hidup di rumah-rumah setinggan atau kem-kem pelarian sementara yang kemudahannya serba kekurangan. Dengan demikian, hanya orang orang tertentu yang mampu merasakan perasaan susahnya orang lain, terutama orang-orang yang tergolong sebagai kaya hati..

Bahkan dalam suatu hadits, Rasulullah SAW mengatakan bahwa kekayaan yang sesungguhnya ialah kaya hati. Hal ini memang sangat kuat alasannya. Orang yang kaya hati, meskipun tidak kaya harta, akan tetap berusaha untuk menunjukkan keperihatinannya terhadap orang lain. Sebaliknya, orang yang kaya harta, namun tidak kaya hati, tidak akan mudah perihatin terhadap nasib orang lain, terutama orang orang yang hidup dalam kesusahan.

Sebagaimana dikatakan dalam hadits di atas, orang yang kaya hati sehingga mahu membantu meringankan beban orang susah akan mendapatkan sekurang-kurang dua kemudahan. Pertama, kemudahan hidup sewaktu di dunia. Ada saja pertolongan yang diperolehnya, meskipun bukan melalui orang yang pernah dibantunya. Allah mengirim bantuan melalui tangan hamba hambaNya yang lain. Kedua, pahala yang akan membantunya sewaktu ditimbang amalnya di hari akhirat kelak.

Oleh itu perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dimasukkan ke dalam golongan yang kaya hatinya. Jangan sampai kita menjadi orang yang mati sebelum dimatikan oleh Allah SWT iaitu orang yang mati hatinya.
dicatat oleh drs. khalil idham lim

20.8.09

BRO IBRAHIM SARMUN


19.8.09

PERTEMUAN BERSAMA BROTHER HQ

12.8.09

ICEM World Convention di USA





Gambar-gambar Setiausaha Agung K.K. Siritharen semasa menghadiri
ICEM World Convention di USA. Kita paparkan gambar beliau untuk
renungan bersam

12.8.09

CUBAAN KELUARKAN S.SUP.,SUP. & ASSISTANT SUPERVISOR

Berita masa kini, seramai 60 pekerja yang memegang jawatan Sr. Supervisor, Supervisor dan Assistant supervisor
telah menjadi ahli Union sejak bulan Jun 2009, dan Ibu Pej. telah pun menghantar satu surat kepada pihak Majikan
untuk mengiktirafankan permohonan dan memotong yuran keahlian, tetapi majikan melalui surat mereka bertarikh
16hb Julai 2009 telah menolak permohonan kesatuan atas alasan mereka tidak boleh menjadi ahli Union kerana
adalah dibawa skop managrial/penurusan dan permohonan Union telah ditolak. Kesatuan telah pertikaian kes dan telah
merujuk dibawah Seksyen 18 IRA dan satu mesyuarat telah diadakan pada 11hb Ogos 2009 dan kami telah membentangkan
beberapa kes-law untuk menyokong permohon kesatuan - ini di benarkan dibawah Seksyen 9(1A) IRA. Majikan sanggup
terima keahlian telah mahu meletak skop mereka dang taraf yang rendah dan tidak memberi apa-apa adjustment - Union telah
menolak cadangan majikan - satu mesyuarat susulan akan diadakan pada 3/9/2009 jam 10.00pagi.

12.8.09

SEMINAR TEXTILE WORKER YMCA IPOH PERAK





Try this Tricks - take 4 glasses and 3 knives - arrange in such a manner the 3 glasses so that the
the 4th glass can rest on the knives - the glass must sit on the knives at the centeral position
and in the same height as the 3 glass, try and solves this puzzul - good luck.

4.8.09

Template by:
Free Blog Templates