MTUC telah melakukan tinjauan terhadap tren semasa Perjanjian Bersama(PB) 2005/6-2008 di kalangan kesatuan gabungan. Lebih kurang 22 PB dari sektor perkilangan telah dianalisa untuk tujuan ini. Berikut merupakan sedikit sebanyak pengelupasan yang dipetik dari PB tersebut untuk tatapan bersama.
Bonus
Satu-satunya elemen yang amat penting dalam PB ialah Bonus.
Hasil dari analisa ini menunjukkan bahawa 38 peratus
daripada PB menerima kadar bonus 2 bulan dan keatas.
Manakala 29 peratus dari PB pula hanya menetapkan bonus
sebulan dan selebihnya 33 peratus dari PB menetapkan bonus
tahunan berdasarkan kepada prestasi syarikat.
Di samping itu, ada juga PB yang menetapkan bonus pada
quantum minimum dan di tambah pula dengan prestasi
syarikat. Ini bermakna pekerja akan dapat manfaat dan
menikmati faedah sejajar dengan hasil dari keuntungan
syarikat tersebut.The 1891 encyclical of Pope Leo
XIII “on the condition of labour” states that
“remuneration must be enough to support the wage
earner in reasonable and frugal comfort.If through
necessity, or fear of a worse evil, the workman accepts
harder conditions because an employer or contractor
will give him no better, he is the victim of fraud
and injustice” (quoted in International Labour Review, 2006).
Gaji minimum
Gaji minimum yang bakal mencorak hidup sekumpulan besar
kaum pekerja dalam sektor swasta amat penting untuk
diteliti. Hasil dari penganalisaan menunjukkan bahawa
hanya satu PB menetapkan gaji minimum lebih dari garis
kemiskinan RM625 dan selebihnya iaitu 95 peratus dari PB
menetapkan gaji mimimum di bawah paras garis kemiskinan.
Sebarang pembangunan ekonomi Negara tidak akan memberi
makna sekiranya halatuju kaum pekerja sektor swasta terus
menuju kearah kemelesetan
Faedah Perubatan
Kesemua PB menetapkan bahawa kos rawatan perubatan akan
dibiayai sepenuhnya oleh majikan sekiranya pekerja mendapat
rawatan perubatan dari doktor syarikat atau kerajaan
dengan menetapkan kadar maksimum. Serendah RM850 dan
setinggi RM9000 untuk setahun.Adalah tidak munasabah
menetapkan kadar maksimum serendah RM4000 memandangkan
PENYAKIT adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka atau
diduga dan kos perubatan semasa amat tinggi serta terus
meningkat apatah lagi kecenderungan kerajaan untuk mengswastakan
perkhidmatan kesihatan Negara.
Faedah Persaraan dan Pemecatan
Faedah persaraan dan pemecatan ditetapkan dalam kebanyakkan
PB walaupun kuantumnya agak berbeza-beza. Secara puratanya
faedah persaraan kurang popular berbanding dengan faedah
pemecatan yang sekurang-kurangnya menetapkan minimun
kuantum mengikut Akta Pekerjaan.
Waktu dan Hari Bekerja
Kebanyakkan syarikat menetapkan 5 1/2 hari kerja dengan 40
hingga 45 jam seminggu waktu kerja.Waktu dan jam kerja juga
bergantung kepada shift atau giliran kerja. Manakala rehat
ialah sejam(60 minit). Masih terdapat syarikat yang hanya
menetapkan waktu rehat 45 minit.Bagi waktu rehat pada hari
Jumaat-terdapat PB yang memberi pelepasan 1 1/2jam
kepada penganut agama Islam untuk melakukan sembahyang.
Cuti bersalin masih kekal 60 hari untuk kesemua PB
Umur Persaraan bagi Wanita dan Lelaki
Berdasarkan PB yang di analisa ia dapat dikategorikan kepada dua
kumpulan mengikutjantina. 67 peratus daripada PB tersebut menetapkan
umur persaraan pada 55 tahun untuk lelaki dan 33 peratus bagi kaum
wanita. Selebihnya meletakkan umur persaraan pada aras pilihan
iaitu bagi kaum lelaki 19 peratus PB menetapkan kaum lelaki boleh
memilih untuk bersara lebih awal pada umur 50 tahun. Manakala
kaum wanita boleh memilih untuk bersara pada umur 45
atau 50 tahun mengikut PB masing-masing.
Justeru itu 14 peratus PB menetapkan umur persaraan melebihi
55 tahun dan ia hanya untuk kaum lelaki sahaja.
Assalamualaikum.,
Alhamdulillahirobbilalamin na wassolahtuwasalam muallaasroppilanbiya iwalmursalin..ammabaddu...
Salam sejahtera untuk semua pekerja terutama buat ahli-ahli kesatuan.
Sempena bulan yg mulia bulan yg penuh barakah saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh takwa dan pengorbanan setulus hati yg suci serta menyambut syawal yang bakal tiba ini dengan penuh rasa keinsafan di hati..
Perjuangan kita bukan setakat ini shj kerana banyak lagi perkara yang belum selesai atas nama sebagai seorang pekerja ...banyak perjuangan yang perlu kita lalui dari masa ke semasa hingga kita pasti bahawa nasib kita sebagai seorang pekerja terbela hingga ke anak cucu...
Dalam Syawal yang menjelang tiba ini kita bersyukur diatas rezeki yang dilimpahkan tuhan..
Sempena Aidilfitri yang mulia ini saya mengucapkan '' SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ''
buat semua kaum pekerja di Malaysia.
rosidi @ toklangcu
( Presiden NUECMRP )
RAMADHAN HAMPIR MENINGGALKAN KITA SYAWAL MENJELANG
TIBA SEPANJANG KEPIMPINAN KAMI ANDAINYA ADA KESILAPAN
YANG DISEDARI NYATA ATAUPUN TIDAK SAYA IBRAHIM SARMUN
MEWAKILI PUCUK PIMPINAN SELANGOR/ WILAYAH PERSEKUTUAN
SERTA RANTING TAPAK KERJA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON
AMPUN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI KEPADA
MUSLIMIN MUSLIMAT SEMUA AHLI KESATUAN NUECMRP SELURUH
NEGARA DENGAN UCAPAN SELAMAT BERHARI RAYA DIKAMPUNG
PANDU CERMAT KELUARGA SELAMAT
Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN.

Tikar pandan tempat bersimpuh Duduk bersila datuk-datin, saya haturkan jari sepuluh mohon maaf lahir dan batin

tiAda h@ri seindah h@ri yG fitri ni,,
izinkan k2 tangan bersimpuh maAf,,
Atas lisan yG tak terjaga,,
janji yG terabaikan,,
hati yG berprasangka
sik@p yG pernah menyakitkan

11 bln banyak kata sudah di ucapkandan dilontarkan tak semua menyejukan
11 bln banyak prilaku yang sudah dan diciptakan tak semua menyenangkan
11 bln banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bagian dari diri
Mari kita memaafkan,

#HIDUP HANYA SEBENTAR#
SEBENTAR senang
SEBENTAR sedih
SEBENTAR bokek
SEBENTAR berduit
SEBENTAR ketawa
SEBENTAR lagi…
$LEBARAN Idul Fitri

Sebagai penghias di Hari fitri,
SMS ini hadir pengganti diri,
hulurkan tangan silaturahmi.

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat Idul Fitri

Bila kata merangkai dusta..
Bila langkah membekas lara…
Bila hati penuh prasangka…
Dan bila Ada langkah yang menoreh luka.
Mohon bukakan pintu maaf…Selamat Idul Fitri


Alhamdullilah segala puji bagi Allah swt kerana digerakan hati-hati rakan
Berita Harian
9/9/2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini. "Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi. Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.
Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember. Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini. Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama
KUALA LUMPUR: Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini. Beliau berkata, keyakinan kongres itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula. Mengikut perkiraan Cuepacs, katanya, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".
Beliau mengulangi permintaan awal Cuepacs kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini. Ahmad Shah berkata, walaupun jumlah itu tidak termasuk di dalam bajet tahun lalu, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam bajet yang akan datang bulan depan. Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka sudah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.
"Kami sebagai penjawat awam sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah dan melaksanakan segala dasarnya dengan berkesan. "Kami berharap kerajaan sebagai majikan contoh tidak akan mengecewakan 1.2 juta penjawat awam yang sentiasa menunggu bonus untuk membantu dalam perbelanjaan akhir tahun keluarga mereka. Sementara itu, syarikat swasta yang mempunyai perjanjian terkumpul dengan pekerja dengan bonus sebagai kewajipan kontraktual akan terus membayar manakala yang lainnya bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing. Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam, berkata ia adalah perkara biasa bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat bonus dari sebulan hingga empat bulan bergantung kepada prestasi sesebuah syarikat. - Bernama