MTUC telah melakukan tinjauan terhadap tren semasa Perjanjian Bersama(PB) 2005/6-2008 di kalangan kesatuan gabungan. Lebih kurang 22 PB dari sektor perkilangan telah dianalisa untuk tujuan ini. Berikut merupakan sedikit sebanyak pengelupasan yang dipetik dari PB tersebut untuk tatapan bersama.
Bonus
Satu-satunya elemen yang amat penting dalam PB ialah Bonus.
Hasil dari analisa ini menunjukkan bahawa 38 peratus
daripada PB menerima kadar bonus 2 bulan dan keatas.
Manakala 29 peratus dari PB pula hanya menetapkan bonus
sebulan dan selebihnya 33 peratus dari PB menetapkan bonus
tahunan berdasarkan kepada prestasi syarikat.
Di samping itu, ada juga PB yang menetapkan bonus pada
quantum minimum dan di tambah pula dengan prestasi
syarikat. Ini bermakna pekerja akan dapat manfaat dan
menikmati faedah sejajar dengan hasil dari keuntungan
syarikat tersebut.The 1891 encyclical of Pope Leo
XIII “on the condition of labour” states that
“remuneration must be enough to support the wage
earner in reasonable and frugal comfort.If through
necessity, or fear of a worse evil, the workman accepts
harder conditions because an employer or contractor
will give him no better, he is the victim of fraud
and injustice” (quoted in International Labour Review, 2006).
Gaji minimum
Gaji minimum yang bakal mencorak hidup sekumpulan besar
kaum pekerja dalam sektor swasta amat penting untuk
diteliti. Hasil dari penganalisaan menunjukkan bahawa
hanya satu PB menetapkan gaji minimum lebih dari garis
kemiskinan RM625 dan selebihnya iaitu 95 peratus dari PB
menetapkan gaji mimimum di bawah paras garis kemiskinan.
Sebarang pembangunan ekonomi Negara tidak akan memberi
makna sekiranya halatuju kaum pekerja sektor swasta terus
menuju kearah kemelesetan
Faedah Perubatan
Kesemua PB menetapkan bahawa kos rawatan perubatan akan
dibiayai sepenuhnya oleh majikan sekiranya pekerja mendapat
rawatan perubatan dari doktor syarikat atau kerajaan
dengan menetapkan kadar maksimum. Serendah RM850 dan
setinggi RM9000 untuk setahun.Adalah tidak munasabah
menetapkan kadar maksimum serendah RM4000 memandangkan
PENYAKIT adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka atau
diduga dan kos perubatan semasa amat tinggi serta terus
meningkat apatah lagi kecenderungan kerajaan untuk mengswastakan
perkhidmatan kesihatan Negara.
Faedah Persaraan dan Pemecatan
Faedah persaraan dan pemecatan ditetapkan dalam kebanyakkan
PB walaupun kuantumnya agak berbeza-beza. Secara puratanya
faedah persaraan kurang popular berbanding dengan faedah
pemecatan yang sekurang-kurangnya menetapkan minimun
kuantum mengikut Akta Pekerjaan.
Waktu dan Hari Bekerja
Kebanyakkan syarikat menetapkan 5 1/2 hari kerja dengan 40
hingga 45 jam seminggu waktu kerja.Waktu dan jam kerja juga
bergantung kepada shift atau giliran kerja. Manakala rehat
ialah sejam(60 minit). Masih terdapat syarikat yang hanya
menetapkan waktu rehat 45 minit.Bagi waktu rehat pada hari
Jumaat-terdapat PB yang memberi pelepasan 1 1/2jam
kepada penganut agama Islam untuk melakukan sembahyang.
Cuti bersalin masih kekal 60 hari untuk kesemua PB
Umur Persaraan bagi Wanita dan Lelaki
Berdasarkan PB yang di analisa ia dapat dikategorikan kepada dua
kumpulan mengikutjantina. 67 peratus daripada PB tersebut menetapkan
umur persaraan pada 55 tahun untuk lelaki dan 33 peratus bagi kaum
wanita. Selebihnya meletakkan umur persaraan pada aras pilihan
iaitu bagi kaum lelaki 19 peratus PB menetapkan kaum lelaki boleh
memilih untuk bersara lebih awal pada umur 50 tahun. Manakala
kaum wanita boleh memilih untuk bersara pada umur 45
atau 50 tahun mengikut PB masing-masing.
Justeru itu 14 peratus PB menetapkan umur persaraan melebihi
55 tahun dan ia hanya untuk kaum lelaki sahaja.
'Toxic masculinity' and the class divide
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan