24.12.09

RAYUAN PEKERJA LAMA

kepada:
Sdr Omar bin Abdullah.
pengerusi Kesatuan Sekerja (ranting)

Berhubung perkara diatas,Kami sepertimana yang tercatit nama dan tandatangan dibawah senarai ini adalah merupakan ahli Kesatuan Sekerja xxxxx yang juga pekerja-pekerja lama xxxxx dibawah kategori skim gaji mati dan over the top (OTT).

Kami telah diberi penerangan oleh AJK Kesatuan iaitu Sdr Abd Latif Abu berhubung pencapaian dalam "Perjanjian Bersama" antara pihak Kesatuan dan Majikan dan didapati kearah positif dan boleh dibanggakan.

Untuk pengetahuan pihak Tuan, Kami amat berterima kasih diatas segala usaha yang telah diberikan oleh AJK dalam usaha menjayakan perbincangan di "Perjanjian Bersama" Namun begitu ada beberapa perkara yang agak mengecewakan kami dari segi kenaikan gaji.

Oleh yang demikian,Kami amat berharap agar pihak Tuan dapat meminta sedikit perubahan dalam kenaikan gaji Kami dari pihak Majikan. Rayuan dan permintan ini berdasarkan kepada beberapa faktor diantaranya ialah:-


1.Kami telah berkhidmat di xxxxx melebihi 25 tahun.
2.Kos sara hidup yang tinggi buat masa kini.
3.Memohon sedikit penghargaan dari pihak Majikan terhadap pengorbanan kami selama kami berkhidmat dengan pihak Syarikat.

Disini kami amat berharap dan amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat berbincang dengan pihak Majikan bagi mempertimbangkan rayuan/permintaan kami ini.

Kerjasama dari semua pihak berhubung perkara diatas amat dihargai dan di dahului dengan ucapan setinggi tinggi terima kasih.

Sekian, harap maklum

daripada

Pekerja- pekerja lama

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates