SHAH ALAM 1 MEI: Cadangan pindaan tiga akta berkaitan pekerja yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat Julai ini, bakal membawa mudarat kepada golongan buruh di negara, sebaliknya hanya menguntungkan syarikat multinasional.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga bekas Ketua Eksekufif Kumpulan Gutrie Berhad, berkata pelaksanaan akta berkenaan, jika dilulus menyebabkan golongan buruh cuma diberi status pekerja skim kontrak jangka panjang.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam mencadangkan pindaan drastik kepada Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Ketiga-tiga cadangan pindaan ini dijadual dibentang pada sidang Dewan Rakyat Julai ini untuk kelulusan.
Khalid menganggap kelulusan pindaan ini membawa mudarat paling buruk dalam tempoh 40 tahun akta berkenaan diperkenal berikutan jaminan pekerjaan kepada beribu-ribu pekerja bakal terhakis sama sekali.
Beliau berkata demikian depan kira-kira 1,000 aktivis kesatuan sekerja di negara ini pada sambutan hari pekerja dan Pertukaran Nama Jalan Barat kepada Jalan Dr. V David.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat memahat nama pejuang hak pekerja, Dr. V David pada satu jalan yang akan ditetapkan kemudian oleh Majlis Bandaran Petaling Jaya.
Mengikut cadangan pindaan akta ini, seseorang pekerja berkhidmat lebih dari 10 tahun sebagai pekerja kontrak tidak layak memperoleh sebarang remedi jika dipecat.
Sekalipun pindaan ini menafikan hak pekerja tanpa mengambil kira tahap gaji dan tempoh perkhidmatan termasuk golongan pekerja dalam tempoh percubaan dan pekerja kontrak.
Khalid juga mempersoal penafian hak pelindungan, tiada cuti pada Ahad bersama keluarga, golongan wanita bekerja malam dan kegagalan kerajaan membuat penetapan gaji minimum.
Beliau menegaskan pekerja adalah tunjang pembangunan ekonomi negara dan kerajaan tidak boleh menidakkan hak asasi pekerja dan bimbang penafian sedemikian hanya membantutkan pembangunan ekonomi negara pada masa depan.
Menteri Besar itu turut menggesa agar pejuang seperti Dr.V David harus diiktiraf sebagai seorang pejuang hak asasi pekerja di negara ini.
“Saya lihat bagaimana pekerja sebagai satu asas pembangunan yang dapat mempertingkatkan pendapatan mereka supaya perkara asasnya bagi mereka ialah kita perlu rapatkan jurang itu dan tidak jadi seperti begini sekarang.
“Jika kerajaan tidak memandang perkara ini ke hadapan, maknanya mereka belum mengerti pembangunan masa depan,” kata Khalid.
Sumber: TVSelangor
BANTAHAN TERHADAP PINDAAN DALAM AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI & AKTA KESATUAN SEKERJA
Posted by kesatuan getahPekerja swasta sedang mendapat tamparan demi tamparan. Pada bulan Mac lalu, kakitangan kerajaan diberi kenaikan gaji manakala pekerja swasta dianaktirikan. Sekarang pula Persatuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kementerian Sumber Manusia telah membuat keputusan untuk membuat beberapa pindaaan dalam Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 & Akta Kesatuan Sekerja. Pindaan ini akan menghakis hak pekerja!
Antara Pindaan yang akan berlaku :
Sekarang:
o Seorang pekerja diberhentikan kerja dan rujuk ke mahkamah. Dikatakan perbicaraan mengambil masa selama 5 tahun dan pekerja tersebut menang. Maka, gaji 5 tahun tersebut perlu dibayar sebagai pampasan.
o Katakan seorang pekerja diberhentikan ketika 50 tahun. Kes berjalan dan menang semasa dia berumur 54 tahun. Pekerja tersebut akan mendapat pampasan bagi 4 tahun tersebut. Tambahan pula, pekerja ini hampir mencapai umur persaraan 55 tahun , maka dia akan dapat 1 tahun pampasan tambahan.
Setelah Pindaan:
o Pampasan maksimum yang boleh dituntut hanya untuk iaitu 24 bulan atau 2 tahun. Di mana walaupun kes tersebut mengambil masa lima tahun dan pekerja menang tetapi hanya 2 tahun gaji sahaja akan didapat sebagai pampasan.
Sekarang:
o Pekerja menghantar borang pendaftatan kesatuan kepada majikan untuk mendapat pengiktirafan. Majikan perlu maklumbalas dalam tempoh masa 21 hari. Sekirannya majikan tidak membalas maka boleh teruskan proses kepada Ketua Pengarah (Director General) dan ini tanpa mempunyai tempoh had masa tertentu.
o Kuasa pengiktirafan hanya pada Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
Setelah Pindaan:
o Jika majikan tidak menjawab dalam masa 21 hari, maka pekerja perlu memaklumkan perkara ini kepada Ketua Pengarah dengan menghantar surat dan ini perlu laksanakan dalam 14 hari selepas tamat 21 hari. Pengiktirafan untuk menubuhkan kesatuan akan terbatal secara automatik jika kesatuan gagal berbuat demikian.
o Kini, pegawai biasa di jabatan boleh melaksanakan tugas-tugas Ketua Pengarah seperti memberi atau menolak pengiktirafan.
Kami Pekerja-Pekerja Malaysia membantah sekeras-kerasnya pindaan yang akan dilakukan kepada Akta Perhubungan Industri dan Akta Kesatuan Sekerja. Kami menuntut supaya pihak Kementerian Sumber Manusia menghentikan segala pindaan Akta dengan segera. Segala pindaan kepada undang-undang yang berkenaan dengan hak pekerja harus dibincang dengan para pekerja dan kesatuan sekerja!
Saya mewakili pihak kesatuan sekerja dan rakan-rakan dari jabatan SDAM dengan ini mengucapkan salam Takziah kepada keluarga En Abu Bakar dan Al Fatehah kepada Allahyarham Zaidi yang telah meninggal dunia sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin.
Terimakasih pada semua yang telah menjayakan program ini lebih-lebih lagi pada para penyumbang yang memahami segala kesulitan jawatankuasa yang pasti inilah satu cara tarbiah rohaniah untuk mengikis sifat-sifat yang tercela.







MALAYSIAN TRADES UNION CONGRESS PRESS STATEMENT 15TH APRIL 2010 WORST LABOUR LAW AMENDMENTS IN 40 YEARS TO PROMOTE PRECARIOUS EMPLOYMENT The proposed changes to the Employment Act 1955, Industrial Relations Act 1967 and the Trade Union Act 1959 isseen as the worst in 40 years. The amendments, when passed, would completely remove security of tenure for thousands of workers in the country. The amendment is deliberately designed to empower employers to employ workers on fixed term contract for as long as they please. Even workers who had ten years service on a contract basis will have no right to seek redress in the event of termination. This is a drastic change from the current law and practice which accords the right to all workers, irrespective of their salary levels and length of service, including probationers to challenge their dismissals. The Minister is also seeking amendments to permit employers to question a trade union’s representative status every five years. This will have a serious impact on trade unions right to negotiate on terms and conditions of employment. This will also encourage employers to intensify their efforts to encourage their employees to relinquish their union membership. MTUC is deeply concerned with the Minister’s retrogressive step. Union leaders representing 200 affiliates will participate in an emergency meeting on Monday (19th April 2010) to discuss the draconian amendments, and decide on the course of action. The proposed amendments, we believe, are done at the behest of Multinational Corporations and potential investors. G. RAJASEKARAN
Secretary General
KUALA LUMPUR - Seluruh dunia menyambut Hari Pekerja hari ini. Hari Pekerja diwartakan sebagai hari cuti umum di Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan pekerja dalam membangunkan negara. Dari sudut sejarahnya, Hari Pekerja yang dahulunya dikenali sebagai Hari Buruh adalah satu hari bagi mengingati pencapaian sosial dan ekonomi hasil perjuangan para pekerja. Sejak awal kurun ke-19, perubahan daripada sektor pertanian kepada perindustrian telah menarik jutaan warga desa berhijrah ke bandar. Perkembangan ini mewujudkan budaya baharu dari segi masa, gaji, dan etika kerja. Bagaimanapun, kebanyakan pekerja mendapati mereka terperangkap dengan terpaksa bekerja lebih masa, dibayar gaji yang rendah di samping bekerja dalam suasana yang teruk. Masa bekerja biasanya antara 10 hingga 16 jam sehari dengan cuti hanya sehari seminggu. Pada tahun 1810, pergerakan pekerja menuntut suasana kerja yang lebih berperi kemanusiaan. Slogan '8 jam kerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat' mula dipopularkan. Perjuangan ini bagaimanapun bkan mudah. Di Australia, pekerja pembinaan melancarkan mogok selama dua minggu, di Kanada, 10,000 penduduknya berarak dalam demonstrasi jalanan, manakala di Amerika, lapan orang dihukum mati kerana terlibat dalam rapat raksasa yang menimbulkan kekecohan. Pada 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh mendesak lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Desakan ini akhirnya berjaya dan mula dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Bersempena peristiwa tersebut, majoriti negara di seluruh dunia bersetuju menjadikan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa. Bagaimanapun bagi tahun 2010 ini, Kementerian Sumber Manusia bagi pihak kerajaan pusat akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2010 pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Seri Kembangan, Selangor. Dianggarkan kira-kira 8,000 orang pekerja yang terdiri daripada pelbagai sektor yang mewakili setiap kategori pekerjaan akan menyertai perhimpunan ini yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Tema hari pekerja pada tahun 2010 adalah 'Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi'. Sebanyak tiga anugerah disediakan sempena sambutan Hari Pekerja 2010 ini iaitu Anugerah Pekerja Cemerlang, Anugerah Majikan Prihatin dan Anugerah Majikan Berdaya Saing. Dalam perkembangan lain, Pakatan Rakyat akan mengadakan Perhimpunan Pekerja dan Wacana Kebangsaan ke-5 pada hari yang sama (Sabtu, 8 Mei 2010) di Kompleks PKNS Shah Alam. Antara objektif perhimpunan ini adalah bagi memberi maklumat tentang polisi, perancangan, serta peranan Pakatan Rakyat dalam mengurus isu-isu berkaitan pekerja, mendedahkan isu-isu dikriminasi, manipulasi, penindasan, salah guna kuasa dan penganiyaan terhadap kaum pekerja di samping membincangkan isu pembuangan pekerja,kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang yang masih lagi berada ditahap yang membimbangkan.