KUALA LUMPUR 1 Mei - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengulangi enam tuntutan terhadap kerajaan bagi membela nasib golongan pekerja di negara ini.
Naib Presidennya, A. Balasubramaniam berkata, tuntutan pertama masih berkisar mengenai gaji minimum RM900 sebulan beserta pemberian elaun kos sara hidup (COLA).
"MTUC juga meminta kerajaan mengurangkan waktu bekerja daripada 48 jam seminggu kepada 40 jam.
"Selain itu, kami juga berharap agar usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun dengan diberi faedah persaraan berdasarkan sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan Hari Pekerja 2011 anjuran MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan bersama kira-kira 400 ahli kongres itu di Wisma MTUC, Subang Jaya, dekat sini hari ini.
Selain itu, MTUC yang mempunyai 620,000 ahli dan 272 kesatuan gabungan itu juga menuntut supaya pusat penjagaan kanak-kanak disediakan di tempat kerja.
"Pada masa sama, kami juga menggesa kerajaan menghapuskan sistem kontrak dan berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang selamat.
"MTUC berharap agar kerajaan dapat memberikan maklum balas dalam tempoh setahun sebelum Jun," katanya.
'Toxic masculinity' and the class divide
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan