10.4.11

ICEM/FNV/LO TCO ASIA MNCS TRADE DIALOGUE




Ucapan Penghargaan dari Presiden & Setiausaha Eksekutif

Alhamdullilah, syukur yang terhingga kepada tuhan, sekali lagi kita dapat menganjurkan seminar berbentuk pendidikan dengan rahmat nikmat peluang yang diberikan harap dapat digunakan sebaik yang mungkin.

Kami mewakili Kesatuan NUECMRP mengucapkan syukur diatas kejayaan dan syabas kepada mereka yang terlibat dalam penganjuran khusus pendidikan yang diadakan hasil gabungan bersama NUECMRP Dan ICEM.

Sekali lagi, Kesatuan kita melakar satu pencapaian besar dengan berlangsungnya 3 hari seminar di Pulau Pinang. Kami berasa amat berbangga kerana dapat mengabungkan lebih ramai ahli dan Kesatuan gabungan didalam satu platform untuk berkongsi mesej secara tepat.

Kalungan bunga mawar sebagai penghargaan diucapkan diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan, kepada peserta yang berinisiatif untuk hadir, kepada pemerhati yang komited. Sekalung budi dilayarkan buat speaker dan rakan atas inspirasi yang komited terutama kepada Penceramah Sdr.Yoon Hywoon (ICEM) & Sdr.Bruno Periera yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama. Tidak lupa juga kepada Sdr.Saharuddin atas peranan aktif, dan juga kepada staff-staff yang gigih memerah keringat bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan bertungkus-lumus menjayakan program ilmu yang dirancangkan. Peranan aktif anda semua mengukuhkan perpaduan nasional. Jasa,budi dan bakti anda kami hargai.

Satu kesimpulan telah dibuat bahawa untuk mencapai matlamat maka kita kena perlu bertindak. Pegangan matlamat itu perlulah sering dipanjangkan dan perhatikan.Barulah matlamat akan mudah dicapai, jadi kami menyeru kepada anda semua fokuslah kepada matlamat dan paculah secara berterusan agar matlamat yang tercatat tidak tinggal dalam kertas tetapi matlamat yang dapat direalisasikan.

Adalah harapan, informasi yang bermanafaat yang kami sajikan benar-benar memberi kesedaran maka rancanglah perjalanan Kesatuan anda ke arah yang lebih bermakna. Kami perkenalkan,laksanakanlah tugas dan tanggungjawab anda sebagai kaum pekerja, ahli Kesatuan dengan lebih baik dan berkesan.

Moga-moga dengan lapuran ini, menjadi satu sinaran abadi, dicampak ke lautan menjadi permata, terbang jauh nun di udara menjadi kejora.

Masa pantas berlalu, tanpa disedari segala memori pahit manis yang telah kita tempohi dijadikan azimat dan iktibar. Seandainya, terdapat kelemahan/kekurangan di sepanjang kursus, pihak Kesatuan memohon maaf dan akan cuba perbaiki dimasa-masa hadapan.

Semoga “masa emas” anda bersama kami tidak disia-siakan, sama-sama kita menaik taraf keupayaan peranan pekerja di mata dunia dan taraf kedudukan kaum pekerja melalui wadah pendidikan ini.

Sahutlah cabaran wahai warga pekerja pupuklah semangat bersatu serta berkongsi aspirasi bagi mengembangkan perpaduan dikalangan kaum pekerja. “HIDUP KESATUAN, HIDUP PEKERJA” sama-sama kita kekalkan.

LAPURAN SEMINAR –ICEM/FNV Asia MNCS &Dialog Sosial

Segunung kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan dengan limpah kurnianya maka terbitlah lapuran ini yang memaparkan maklumat mengenai objektif, aktiviti yang dijalankan bagi membimbing, mendidik kaum pekerja tentang hak pekerja, juga menerokai peluang yang ada bagi menjamin hak keistimewaan para pekerja terjamin dengan adanya maklumat, pemantauan, yang aktif bagi memupuk dan memperkukuhkan amalan terbaik (best practice) di kalangan ahli-ahli Kesatuan.

Diketuai oleh :Presiden (Sdr.Rosidi Abu Bakar)
Setiausaha Eksekutif(Sdr.K.K.Siritharan)
Panel/Penasihat/Penceramah :Sdr.Yoon Hywoon&Sdr.Bruno Periera
Teknikal/Penterjemah :Sdr.Sharuddin

Syarikat Terlibat :12
Kesatuan : 5(NUECMRP/MIEU/NUHBRW/PTWU/EIWU/

Kehadiran :L-: 17 Orang P-:13 orang Jumlah Peserta-: 30 orang
Anjuran oleh :NUECMRP Gabungan bersama: ICEM

Tajuk : Trade Unions and Social Dialogue in MNCs
Tarikh : 1hb-3hb.April 2011
Tempat : Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang.
No.527,Jalan Tanjung Bungah 11200 Pulau Pinang.

Tujuan :

Tujuan kami menyediakan platform latihan ini adalah untuk mencungkil kemahiran dan memberi peluang kepada kesatuan gabungan untuk membina keyakinan dan memberi semangat kepada pucuk kepimpinan di kalangan pegawai Kesatuan atau Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Kecil atau ahli biasa yang berpontensi tanpa segan silu untuk mengemukakan maklumbalas, pandangan dan cadangan mereka yang terkini berlandaskan pemikiran baru dan arah tuju masa hadapan, penekanan dan pendekatan bagi memulih semula kepentingan hak pekerja dilindungi. Subjek yang kami akan memperkenalkan akan memberi kesedaran dan menambahkan ilmu dan kemahiran peserta kursus.Disamping menjalinkan persefahaman secara beterusan selaras dengan peranan gabungan pelbagai Kesatuan.

Aktiviti:

Bermula dengan sesi beramah mesra dan perkenalan,seterusnya para peserta didedahkan dengan Piawai Antarabangsa untuk MNCs -Dialog Sosial, Tanggungjawab Sosial Koporat, Piawai Teras Buruh ILO, Garis Panduan OECD untuk MNCs ,UN Global Compact, Responsible Care dan Piawai Antarabangsa dan Prinsip Asas Kesatuan Sekerja, Kaedah dan Perubahan untuk menghadapi cabaran-cabaran globalisasi, Cabaran-Cabaran Dalam Kesatuan Sekerja.

Seterusnya pada sesi berikut : Apa itu Kesatuan Sekerja?,Apa Aktiviti Harian Kesatuan?,Prinsip-Prinsip Aktiviti Kesatuan, Perundingan Bersama, Kesatuan Industri,Pengorganisasian Pekerja Tidak Tetap Pentingnya(Organizing) kepada Pergerakan Kesatuan Sekerja, Tujuan Akta Pekerja 1955, Minat Belia Dalam Pergerakan Kesatuan Sekerja, Peranan Wanita Aktiviti Penambahan Ahli, Kerja Kumpulan Pelan Tindakan dan Merencana Aktiviti Masa Depan.

Setiap individu, juga peserta berkumpulan –memain peranan yang lebih efektif dalam
melontar suara dalam analisis secara umum, kesannya pada kesatuan, kesannya pada syarikat, pendedahan ini merangsang perasaan ingin tahu dan menarik minat peserta, berbicara secara telus dalam mengajukan pertanyaan dan melontarkan pandangan, dalam mengenai pasti isu yang berkaitan undang-undang, kemusykilan, yang sebenar yang sedang dan akan dihadapi dalam pekerjaan harian mereka dari pelbagai aspek dan membicarakan kaedah, serta mencari langkah yang terbaik seterusnya meningkatkan pemahaman,pengetahuan dan kesedaran para peserta khusus.







0 comments:

Template by:
Free Blog Templates