1. Saya ditawarkan pekerjaan baru dan saya menerimanya. Saya berhenti kerja di tempat kerja saya sekarang. Semalam majikan baru tersebut menghantar surat menarik balik tawaran kerja di tempatnya. Saya sekarang tersepit kerana saya telah berhenti dari tempat kerja saya sekarang. Apa tindakan yang boleh saya lakukan?
Surat tawaran kerja adalah kontrak yang sah apabila kita menerima dan menandatanganinya. Majikan baru hanya boleh menarik balik tawaran mereka sebelum pekerja tersebut menerima tawaran itu. Dengan menerima dan menandatangan surat tawaran tersebut, dia adalah pekerja syarikat itu. Pekerja tersebut juga boleh melaporkan majikan baru itu ke Jabatan Perhubungan Perusahaan di bawah Sekyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan. Tindakan menarik balik Surat Tawaran Kerja oleh majikan baru tersebut adalah tindakan 'unfair dismissal'.
2. Apakah 'kontrak untuk perkhidmatan (contract for service)' dan bagaimana ia berbeza dengan 'kontrak pekerjaan (employment contract)'?
Kontrak untuk perkhidmatan bukanlah kontrak pekerjaan. Ia adalah kontrak dimana satu pihak memerlukan perkhidmatan yang spesifik. Kontrak tersebut boleh ditamatkan bila-bila masa. Kontrak pekerjaan pula adalah kontrak dimana majikan mempunyai kuasa terhadap masa bekerja, tugas dan tanggungjawab pekerjanya. Perbezaan yang utama di antara kedua-dua kontrak ini adalah kuasa yang di pegang oleh pihak yang menjadi majikan. Di bawah 'contract for service' tidak ada hubungan majikan-pekerja. Maksudnya majikan tidak perlu membuat bayaran berkanun seperti EPF dan SOCSO. Penting untuk membezakan kedua-dua kontrak ini kerana kita harus tahu jenis kontrak yang ditawarkan oleh majikan semasa menerima dan menandatangani surat tawaran kerja. Sekiranya tawaran kerja tersebut menyatakan kontrak untuk perkhidmatan (contract for service) kita tidak boleh membawa sebarang kes ke Mahkamah Industri. Pekerja harus peka terhadap kandungan surat tawaran kerja mereka sebelum menerima dan menandatanganinya.
A Tale of Two Classes
Sehari yang lalu
1 comments:
Artikel ini sangat berguna untuk memahami hak pekerja berkaitan kontrak pekerjaan. Ramai yang masih keliru antara kontrak pekerjaan dan kontrak perkhidmatan. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aspek perundangan di Malaysia, boleh rujuk maklumat ini tentang contract for service.
Catat Ulasan