16.4.09

80 bilik gerakan bantu pekerja diberhenti

Utusan Malaysia - Jumaat, 17 April 2009

KUALA LUMPUR 16 April – Sebanyak 80 Bilik Gerakan Pemberhentian Pekerja diwujudkan di seluruh negara bagi memantau aliran pemberhentian pekerja setiap hari dan membantu mereka mencari kerja baru.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, berikutan itu satu jawatankuasa tiga pihak ditubuhkan bagi menasihati kerajaan mengenai strategi dan langkah yang perlu diambil bagi menangani kesan kelembapan ekonomi.

Beliau berkata, usaha mewujudkan bilik gerakan itu juga menggunakan sebahagian daripada peruntukan sejumlah RM650 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi.

“Satu daripada strategi penting ialah Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, contohnya dengan menguatkuasakan dasar memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam teks ucapan perasmian majlis Anugerah Pengurus Tahunan anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini hari ini yang dibacakan oleh Timbalannya, Senator Datuk Maznah Mazlan.

Subramaniam berkata, program-program bagi mengatasi masalah tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa jabatan seperti Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan agensi lain di bawah kementerian.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates