7.4.09

Lima pusat asuhan dapat sumbangan

IA mungkin sekadar peralatan permainan mudah, namun bagi sebilangan kanak-kanak berkenaan, ia sesuatu yang cukup bermanfaat.

Kanak-kanak berkenaan yang bersekolah di lima pusat asuhan kanak-kanak di ladang iaitu tiga dari Sungai Petani dan dua dari Kulim, menerima sumbangan peralatan permainan itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Patani Para, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Penyerahannya dilakukan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Program yang mula dilaksanakan sejak 1991 itu diteruskan dengan pelbagai peningkatan melalui dasar pendidikan yang diterap melalui prasekolah.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates