20.11.09

MOGOK

Tindakan mogok adalah di bawah kawalan Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Terdapat beberapa jenis tindakan perusahaan yang tergolong
dalam definisi mogok seperti:

a. Melambatkan kerja (go slow);
b. Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
c. Enggan membuat kerja lebih masa.

Menerusi tindakan tersebut di atas, walaupun pekerja terus
bekerja tetapi akan berlaku pengurangan dalam pengeluaran
dan pengurangan pengeluaran dengan sengaja adalah
dianggap sebagai mogok. (Award Mahkamah Perusahaan
bilangan 28 tahun 1975 menyatakan “A slow-down or goslow
and work-to-rule by workers are forms of strike under the
Industrial Relations Act”)
Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja
juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan
Perlu (Essential Services) kerana dalam organisasi
sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk kerja lebih masa
oleh majikan.

Prosedur Mogok

Sesebuah kesatuan yang hendak melancarkan mogok
hendaklah mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta
Kesatuan Sekerja 1959. Bagi perkhidmatan yang
ditakrifkan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967, selain daripada mematuhi
peraturan-peraturan di bawah Akta Kesatuan Sekerja
1959, kesatuan juga dikehendaki mematuhi peruntukanperuntukan
di bawah Seksyen 43 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 seperti berikut,
• memberi notis kepada majikan selama 42 hari
sebelum melancarkan mogok;
• tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21
hari selepas memberi notis itu;
• tidak melancarkan mogok sebelum luputnya
tarikh yang ditetapkan dalam notis itu.
Untuk melakukan mogok secara sah, selain daripada
mematuhi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan
Peraturan-peraturannya, sesebuah kesatuan sekerja juga
perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta
Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan Kesatuan
Sekerja berkenaan.

Wildcat Strike

Ialah tindakan mogok yang biasanya dilakukan oleh:
• pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan; atau
• kesatuan sekerja tetapi tidak mematuhi prosedur
ditetapkan.
Pada amnya mereka yang tidak berkesatuan tidak
dibenarkan untuk melancarkan mogok.
Menurut Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan 1967,
mogok itu dianggap sebagai mogok haram sekiranya:
• Ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta yang
sama atau mana-mana undang-undang bertulis;
• Ianya mempunyai objektif lain selain daripada
perlanjutan kepada pertikaian perusahaan yang
melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan;
• Dilakukan oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli
kesatuan sekerja.

Larangan Untuk Mogok

Seksyen 44 Akta Perhubungan Perusahaan 1967
melarang tindakan mogok dalam situasi seperti berikut:-
• Dalam tempoh di mana Lembaga Penyiasat dilantik
menurut Seksyen 34 Akta Perhubungan Perusahaan
1967 menjalankan penyiasatan dan dalam tempoh 7
hari selepas penyiasatan itu selesai;
• Berkaitan dengan sebarang perkara yang diliputi
perjanjian bersama yang telah diambil perhatian oleh
Mahkamah Perusahaan atau perkara yang diliputi
oleh keputusan (award) Mahkamah Perusahaan;
• Berkaitan dengan hak majikan (management’s
prerogatives) di bawah Seksyen 13(3) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967;
• Dalam tempoh tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan
sedang dikendalikan.
Hukuman Bagi Mogok Haram
Seksyen 46 Akta Perhubungan Perusahaan 1967
memperuntukkan seseorang pekerja yang melibatkan diri
dalam mogok haram, jika disabitkan kesalahan boleh:
• dipenjarakan tidak melebihi satu tahun; atau
• denda tidak melebihi RM1,000.00; atau
• kedua-duanya.

Tutup Pintu (Lock-Out)

Tutup pintu (lock-out) adalah tindakan yang boleh diambil oleh
majikan bagi mendesak atau menekan kesatuan sekerja
supaya menerima syarat-syarat atau peraturan yang
ditawarkan oleh majikan kepada pekerja

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates