Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap
diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 membenarkan seorang atau lebih pekerja,
hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja
secara aman bagi tujuan:
• mendapatkan atau menyampaikan maklumat.
• memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya
bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya pertikaian
perusahaan.
Walau bagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:
• Secara aman;
• Tidak mengancam mana-mana orang;
• Tidak menghalang jalan/pintu masuk dan keluar ke
premis majikan oleh pekerja yang terlibat secara
langsung dalam pertikaian tersebut; dan
• Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja boleh hadir
hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan
disiplin serta memastikan bahawa pekerja-pekerja itu
mematuhi peruntukan berkenaan.
Piket merupakan tindakan perusahaan yang dilakukan oleh
pekerja di luar waktu kerja mereka iaitu:
• pada waktu makan tengahari,
• sebelum, atau
• selepas waktu kerja.
Piket kebiasaannya merupakan usaha kesatuan untuk
mendesak majikan menurut kehendak pekerja
memandangkan terdapat beberapa syarat yang
menyukarkan pekerja melancarkan tindakan mogok secara
sah.
Menurut seksyen 40(3) Akta Perhubungan Perusahaan
1967, mana-mana orang yang bertindak bertentangan
dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket seperti yang
dinyatakan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti
berikut:
• Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu
tahun, atau
• Denda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau
• Kedua-duanya.
Tindakan piket dibenarkan dengan syarat ianya tidak
dilakukan di luar batas undang-undang. Tujuan piket itu
dibenarkan adalah untuk memberi peluang kepada pihakpihak
yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati
mereka. Walau bagaimanapun hubungan industri yang
harmoni dan kompetitif perlu dipelihara dan diberi
keutamaan kerana ia secara tidak langsung boleh
membantu pertumbuhan ekonomi negara dalam
merealisasikan Wawasan 2020.
0 comments:
Catat Ulasan