Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bharian.com.my 2010/03/23
'Toxic masculinity' and the class divide
2 hari yang lalu
Sebarang cadangan boleh di hantar ke Email kesatuangetah@gmail.com
Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bharian.com.my 2010/03/23
Mangsa lemas tersedut karbon monoksida selepas terperangkap dalam tangki KOTA KINABALU: Enam pekerja warga Filipina maut dipercayai lemas akibat terhidu gas beracun karbon monoksida selepas terperangkap dalam tangki air konkrit Loji Penapisan Air Beaufort yang sedang dalam pembinaan di Kampung Lawa, Beaufort, lewat petang kelmarin. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khiruddin Drahman, berkata semua mangsa berusia 16 hingga 30 tahun itu terbabit dalam pembinaan tangki itu.Bagaimanapun, katanya, tangki air konkrit berukuran lima meter panjang dan lima meter lebar dengan kedalaman enam meter itu tidak berisi air ketika kejadian kerana masih dalam proses pembinaan. Mayat pertama dikenali Wahab, 30, ditemui pada jam 11.03 malam kelmarin, Mus, 25, (11.09 malam), Ajin, 20, (11.54 malam), Armujil, 18, (11.56 malam), Anwar, 17, (11.57 malam) dan mangsa terakhir Baisal, 16, (12.27 tengah malam). Berdasarkan maklumat awal, katanya, dua pekerja dikatakan turun ke dasar tangki itu untuk menjalankan kerja pembersihan kira-kira jam 2 petang. "Sebaik menyedari kedua-dua mereka tidak muncul selepas satu jam, dua rakan mereka memasuki tangki itu untuk mengetahui apa berlaku. "Dua jam selepas mereka juga tidak kelihatan, dua lagi pekerja turun untuk meninjau tangki berkenaan. "Apabila keenam-enamnya gagal dikesan, kakitangan syarikat menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan," katanya pada sidang media di sini, semalam. Semua mangsa dipercayai lemas akibat asap yang dikeluarkan gas terbabit. Khiruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 malam manakala operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada jam 8.26 malam yang berakhir pada jam 12.27 pagi, sebaik mayat terakhir dikeluarkan. Operasi itu dikendalikan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort. Semua mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.
0 comments:
Catat Ulasan