27.4.11

Ramai di Asia akan jatuh miskin

HONG KONG 26 April - Bank Pembangunan Asia (ADB) memberi amaran harga makanan dunia yang melonjak lebih 30 peratus dalam tempoh dua bulan pertama pada tahun ini boleh menjerumuskan berjuta-juta penduduk Asia ke dalam kancah kemiskinan teruk serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

ADB yang berpangkalan di Manila dalam laporannya hari ini berkata, kenaikan harga makanan domestik di banyak negara Asia mencapai kadar purata 10 peratus pada awal tahun ini dan dijangka berterusan disebabkan kenaikan harga minyak dunia, kekurangan pengeluaran kerana cuaca buruk dan sekatan eksport oleh beberapa negara pengeluar makanan.

Peningkatan pesat kos makanan memberi tamparan besar kepada rantau Asia yang telah pulih dengan pantas daripada krisis ekonomi dunia.

Tekanan ke atas harga makanan dunia dijangka tidak reda dalam tempoh terdekat, menurut ADB.

Kenaikan 10 peratus dalam harga makanan domestik boleh menyebabkan 64 juta penduduk menjadi miskin, di samping menjejaskan lagi taraf hidup keluarga yang sudah pun hidup dalam kemiskinan, ramal bank tersebut.

Jika harga makanan dan minyak terus berada pada paras tinggi sehingga ke akhir tahun ini, pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia boleh menyusut sehingga 1.5 peratus, menurut laporan itu.

Ketua pakar ekonomi ADB, Changyong Rhee berkata, pengharaman eksport makanan hendaklah dielakkan dan pelaburan lebih besar dibuat dalam sektor pertanian.

Keluarga miskin di Asia lebih menderita disebabkan inflasi harga makanan kerana mereka membelanjakan sehingga 60 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan, jauh lebih tinggi berbanding kadarnya di negara maju. - AP

25.4.11

MAY DAY 2011



Sempena dengan Hari Pekerja Sedunia 2011, kami warga pekerja Malaysia menuntut agar kerajaan Malaysia hentikan segala bentuk sandiwara dalam pelaksanaan akta gaji minima dan mengawal kenaikan harga barang yang semakin tinggi. Kelas pekerja dan rakyat Malaysia tidak mampu menanggung beban kos hidup yang semakin meningkat!!

Kenaikan Harga barang seperti minyak dan gula memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan kaum pekerja khususnya yang berpendapatan rendah. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan – ‘penyelarasan subsidi’ iaitu mengalihkan beban subsidi dan defisit yang ditanggung oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengelakkan kerajaan menjadi muflis. Ini merupakan satu hujah yang tidak rasional kerana pada masa yang sama kerajaan dengan bangganya mengumumkan pelbagai projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Ini merupakan satu pembaziran yang tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan rakyat terbelenggu dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat sistem kapitalis ini. Walaupun kerajaan kerap mengisytiharkan kejayaannya menguruskan ekonomi namun ia tidak mampu mengubah kehidupan rakyat. Rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai beban yang dialihkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.

Dalam masa sama, nepotisme, kronisme, ketidak telusan dalam menguruskan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku diperingkat atasan sehingga membawa kepada pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil. Yang miskin terus miskin, yang kaya terus mengawal dan menikmati sumber kekayaan negara. Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling tinggi di Asia Tenggara. Kira-kira 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara. Menteri Sumber Manusia juga telah menyatakan 34% daripada kaum pekerja menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM720. Dasar ekonomi yang menjurus ke arah pertumbuhan ekonomi dan sistem pasaran terbuka semata-mata terus dipersoalkan kerana ia tidak menjamin agihan ekonomi yang adil. Tumpuan terhadap arah pertumbuhan ekonomi semata-mata hanya akan merangsang persaingan di kalangan kaum pemodal tanpa kawalan seterusnya menggalakkan penindasan ke atas pekerja.

Akta gaji minima merupakan dasar baik dalam menangani kemiskinan di kalangan pekerja. Kebanyakkan negara di dunia sudah mempraktikkan kadar gaji minima, tetapi Malaysia masih belum mencapai kata putus sama ada mahu melaksanakannya atau tidak. Organisasi Pekerja Antarabangsa (ILO) mendefinisikan gaji minima sebagai satu amaun minimum yang ideal yang harus dibayar oleh majikan kepada pekerjanya bersesuaian dengan keperluan minimum harian seseorang pekerja dan keluarga. Pengwujudan kadar gaji minima yang ideal dan manusiawi merupakan mekanisme terbaik bagi menangani isu kemiskinan yang membelenggu rakyat negara ini. Akta Gaji Minina juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada jasa dan pengorbanan kaum pekerja terhadap pembangunan negara.

Oleh yang demikian, Hari Pekerja, 1 Mei 2011 yang merupakan lambang kebangkitan rakyat khususnya pekerja yang rata-ratanya tertindas dan terperangkap dalam kemelut agihan ekonomi negara yang tidak seimbang menuntut:

1. PELAKSANAAN AKTA GAJI MINIMA DAN MANSUHKAN POLISI GAJI MURAH
Memastikan penguatkuasaan perundangan berkaitan akta gaji minima serta pemantauan secara komprehensif dan konsisten bagi memastikan tiada lagi pekerja dieksploitasi dalam konteks pemberian gaji yang rendah.

2. HENTIKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN – Kembalikan semula subsidi terhadap barangan asas.

3. HENTIKAN RUNDINGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) DENGAN EU - Libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.

4. HENTIKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) - Hapuskan segala bentuk cukai termasuk GST yang membebankan rakyat

5. GUBAL RANG UNDANG-UNDANG ANTI GANGGUAN SEKSUAL – Elakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual.

6. TINGKATKAN PENGLIBATAN TENAGA KERJA WANITA yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7%. SEDIAKAN TEMPAT ASUHAN KANAK-KANAK yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara.

7. HENTIKAN PENSWASTAAN - khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.

8. LAKSANAKAN PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA - Mansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti.

9. ISYTIHARKAN KESATUAN SEKERJA SECARA AUTOMATIK - Mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja.

10. IKTIRAF HAK TANAH ADAT ORANG ASLI/ASAL di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.

11. HAK PERUMAHAN HAK RAKYAT, sediakan Perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.

12. MANSUHKAN segala UNDANG-UNDANG YANG MENINDAS dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

13. Wujudkan TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.

14. Wujudkan POLISI DAN PERUNDANGAN domestik bagi melindungi PEKERJA TIDAK RASMI.

15. Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak MIGRAN, PELARIAN dan PENCARI SUAKA bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan.

16. Laksanakan POLISI EKONOMI BERLANDASKAN KEPERLUAN tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua

17. Menuntut sistem PENTADBIRAN KERAJAAN YANG ADIL serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.

18. SELAMATKAN BUMI KITA, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit

20.4.11

Pengendalian Aduan Pekerja

Aduan terbahagi kepada:

.Pekerja tempatan

.Pekerja Asing


Di antara isu yang kerap diadukan melibatkan:


.Pelanggaran undang-undang buruh

.Mengingkari dasar kerajaan

.Melakukan amalan buruh yang tidak sihat

.Diskriminasi serta penganiayaan penggajian


Aduan-aduan diterima daripada:


.Pekerja

.Majikan

.Menteri

.Wakil-wakil rakyat

.Biro Aduan Parti Politik

.Kesatuan Sekerja

.NGO

.Kedutaan Asing

.Biro Pengaduan Awam

.Media Massa


Aduan-aduan juga boleh dibuat melalui:


.Telekerja

.call Centre

.E-Mel

.Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja


Aduan boleh dikategorikan kepada 2 kategori seperti berikut :-


i) Aduan-aduan oleh pekerja terhadap majikannya kerana tidak mematuhi peruntukan undang-undang tenaga kerja yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefits) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefits).


ii) Aduan-aduan oleh pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi dasar Kerajaan atau adat resam dan amalan tempatan serta amalan buruh yang tidak sihat (unfair labour practice).

10.4.11

ICEM/FNV/LO TCO ASIA MNCS TRADE DIALOGUE




Ucapan Penghargaan dari Presiden & Setiausaha Eksekutif

Alhamdullilah, syukur yang terhingga kepada tuhan, sekali lagi kita dapat menganjurkan seminar berbentuk pendidikan dengan rahmat nikmat peluang yang diberikan harap dapat digunakan sebaik yang mungkin.

Kami mewakili Kesatuan NUECMRP mengucapkan syukur diatas kejayaan dan syabas kepada mereka yang terlibat dalam penganjuran khusus pendidikan yang diadakan hasil gabungan bersama NUECMRP Dan ICEM.

Sekali lagi, Kesatuan kita melakar satu pencapaian besar dengan berlangsungnya 3 hari seminar di Pulau Pinang. Kami berasa amat berbangga kerana dapat mengabungkan lebih ramai ahli dan Kesatuan gabungan didalam satu platform untuk berkongsi mesej secara tepat.

Kalungan bunga mawar sebagai penghargaan diucapkan diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan, kepada peserta yang berinisiatif untuk hadir, kepada pemerhati yang komited. Sekalung budi dilayarkan buat speaker dan rakan atas inspirasi yang komited terutama kepada Penceramah Sdr.Yoon Hywoon (ICEM) & Sdr.Bruno Periera yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama. Tidak lupa juga kepada Sdr.Saharuddin atas peranan aktif, dan juga kepada staff-staff yang gigih memerah keringat bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan bertungkus-lumus menjayakan program ilmu yang dirancangkan. Peranan aktif anda semua mengukuhkan perpaduan nasional. Jasa,budi dan bakti anda kami hargai.

Satu kesimpulan telah dibuat bahawa untuk mencapai matlamat maka kita kena perlu bertindak. Pegangan matlamat itu perlulah sering dipanjangkan dan perhatikan.Barulah matlamat akan mudah dicapai, jadi kami menyeru kepada anda semua fokuslah kepada matlamat dan paculah secara berterusan agar matlamat yang tercatat tidak tinggal dalam kertas tetapi matlamat yang dapat direalisasikan.

Adalah harapan, informasi yang bermanafaat yang kami sajikan benar-benar memberi kesedaran maka rancanglah perjalanan Kesatuan anda ke arah yang lebih bermakna. Kami perkenalkan,laksanakanlah tugas dan tanggungjawab anda sebagai kaum pekerja, ahli Kesatuan dengan lebih baik dan berkesan.

Moga-moga dengan lapuran ini, menjadi satu sinaran abadi, dicampak ke lautan menjadi permata, terbang jauh nun di udara menjadi kejora.

Masa pantas berlalu, tanpa disedari segala memori pahit manis yang telah kita tempohi dijadikan azimat dan iktibar. Seandainya, terdapat kelemahan/kekurangan di sepanjang kursus, pihak Kesatuan memohon maaf dan akan cuba perbaiki dimasa-masa hadapan.

Semoga “masa emas” anda bersama kami tidak disia-siakan, sama-sama kita menaik taraf keupayaan peranan pekerja di mata dunia dan taraf kedudukan kaum pekerja melalui wadah pendidikan ini.

Sahutlah cabaran wahai warga pekerja pupuklah semangat bersatu serta berkongsi aspirasi bagi mengembangkan perpaduan dikalangan kaum pekerja. “HIDUP KESATUAN, HIDUP PEKERJA” sama-sama kita kekalkan.

LAPURAN SEMINAR –ICEM/FNV Asia MNCS &Dialog Sosial

Segunung kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan dengan limpah kurnianya maka terbitlah lapuran ini yang memaparkan maklumat mengenai objektif, aktiviti yang dijalankan bagi membimbing, mendidik kaum pekerja tentang hak pekerja, juga menerokai peluang yang ada bagi menjamin hak keistimewaan para pekerja terjamin dengan adanya maklumat, pemantauan, yang aktif bagi memupuk dan memperkukuhkan amalan terbaik (best practice) di kalangan ahli-ahli Kesatuan.

Diketuai oleh :Presiden (Sdr.Rosidi Abu Bakar)
Setiausaha Eksekutif(Sdr.K.K.Siritharan)
Panel/Penasihat/Penceramah :Sdr.Yoon Hywoon&Sdr.Bruno Periera
Teknikal/Penterjemah :Sdr.Sharuddin

Syarikat Terlibat :12
Kesatuan : 5(NUECMRP/MIEU/NUHBRW/PTWU/EIWU/

Kehadiran :L-: 17 Orang P-:13 orang Jumlah Peserta-: 30 orang
Anjuran oleh :NUECMRP Gabungan bersama: ICEM

Tajuk : Trade Unions and Social Dialogue in MNCs
Tarikh : 1hb-3hb.April 2011
Tempat : Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang.
No.527,Jalan Tanjung Bungah 11200 Pulau Pinang.

Tujuan :

Tujuan kami menyediakan platform latihan ini adalah untuk mencungkil kemahiran dan memberi peluang kepada kesatuan gabungan untuk membina keyakinan dan memberi semangat kepada pucuk kepimpinan di kalangan pegawai Kesatuan atau Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Kecil atau ahli biasa yang berpontensi tanpa segan silu untuk mengemukakan maklumbalas, pandangan dan cadangan mereka yang terkini berlandaskan pemikiran baru dan arah tuju masa hadapan, penekanan dan pendekatan bagi memulih semula kepentingan hak pekerja dilindungi. Subjek yang kami akan memperkenalkan akan memberi kesedaran dan menambahkan ilmu dan kemahiran peserta kursus.Disamping menjalinkan persefahaman secara beterusan selaras dengan peranan gabungan pelbagai Kesatuan.

Aktiviti:

Bermula dengan sesi beramah mesra dan perkenalan,seterusnya para peserta didedahkan dengan Piawai Antarabangsa untuk MNCs -Dialog Sosial, Tanggungjawab Sosial Koporat, Piawai Teras Buruh ILO, Garis Panduan OECD untuk MNCs ,UN Global Compact, Responsible Care dan Piawai Antarabangsa dan Prinsip Asas Kesatuan Sekerja, Kaedah dan Perubahan untuk menghadapi cabaran-cabaran globalisasi, Cabaran-Cabaran Dalam Kesatuan Sekerja.

Seterusnya pada sesi berikut : Apa itu Kesatuan Sekerja?,Apa Aktiviti Harian Kesatuan?,Prinsip-Prinsip Aktiviti Kesatuan, Perundingan Bersama, Kesatuan Industri,Pengorganisasian Pekerja Tidak Tetap Pentingnya(Organizing) kepada Pergerakan Kesatuan Sekerja, Tujuan Akta Pekerja 1955, Minat Belia Dalam Pergerakan Kesatuan Sekerja, Peranan Wanita Aktiviti Penambahan Ahli, Kerja Kumpulan Pelan Tindakan dan Merencana Aktiviti Masa Depan.

Setiap individu, juga peserta berkumpulan –memain peranan yang lebih efektif dalam
melontar suara dalam analisis secara umum, kesannya pada kesatuan, kesannya pada syarikat, pendedahan ini merangsang perasaan ingin tahu dan menarik minat peserta, berbicara secara telus dalam mengajukan pertanyaan dan melontarkan pandangan, dalam mengenai pasti isu yang berkaitan undang-undang, kemusykilan, yang sebenar yang sedang dan akan dihadapi dalam pekerjaan harian mereka dari pelbagai aspek dan membicarakan kaedah, serta mencari langkah yang terbaik seterusnya meningkatkan pemahaman,pengetahuan dan kesedaran para peserta khusus.







7.4.11

Maklum Balas : Pindaan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 Serta Migrasi Akta Kilang Dan Jentera, 1967 & Akta Petroleum

Bahagian Dasar dan Penyelidikan sedang membuat pindaan AKKP, 1994 Serta Migrasi AKJ, 1967 & Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan), 1984. Bagi tujuan itu, satu Jawatankuasa Penggubalan telah dibentuk dan diberi tanggungjawab untuk mencadangkan model serta kerangka bagi perundangan KKP yang baru iaitu dengan mengambil kira peruntukkan ketiga-tiga akta yang sedia ada. Sebelum draf ini digubal, terdapat keperluan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pihak Stakeholders dan industri mengenai cadangan model kerangka AKKP yang baru itu.

Bagi tujuan itu, untuk mendapatkan maklumbalas ini, Jawatankuasa telah menyediakan borang kaji selidik pada portal Jabatan melalui pautan survey. Urusetia Jawatankuasa memohon jasa baik dan kerjasama pihak Tuan/Puan untuk memaklumkan serta memanjangkan perkara di atas kepada pihak industri. Tarikh tutup borang kaji selidik ini sehingga 30 April 2011.

Jika terdapat sebarang pertanyaan Tuan/Puan boleh menghubungi Pn. Ramuna binti Mohamed ( 03-88865078 / ramuna@mohr.gov ) dan En. Azman bin Ahmad di talian (03-88865323 / azman_a@mohr.gov.my ).

Klik SINI untuk memberi maklum balas.

6.4.11

Light Duty Job

Ask your employer about light-duty work.

Let your employer know that you are interested in light-duty work — or doing your old job with an adjustment. Many times, an employer, with or without L&I's help, can find a different job you may do with your medical restrictions, while you recover.

Questions workers have

What are some examples of light-duty work?

.Working shorter hours.
.Performing transitional work. For example, performing some of your original duties, or different duties with lighter physical demands.

.Performing a different job temporarily.

.Working in a modified job. For example, making adjustments to the job or work site to meet your physical limitations, or providing tools, equipment or appliances that allow you to work while recovering.

Do I have to accept any job my employer offers me?

If your employer offers you a job that your doctor approves and you choose not to accept it, you won't be eligible to receive time-loss compensation. However, you aren't required to accept any job that would exceed the restrictions set by your doctor. Any disputes regarding job offers will be decided by your L&I Claim Manager or the Vocational Services Specialist in Self-Insurance.

What if I don't earn as much money doing a light-duty or reduced-hours job?

You may apply for Loss of Earning Power benefits through L&I, or your employer if it's self-insured (find out if your employer is self-insured). Loss of Earning Power benefits may help supplement your salary while you are working if you meet both of the following criteria:
.Your claim is still open.
.Your salary has dropped by more than 5%.

Why would my employer care if I returned quickly to work?

Experienced employees are valuable to your employer. Employers benefit when the cost of your claim is lower, because it means their workers' compensation rates, or costs, don't increase as much.

Will I lose my medical benefits if I return to work?

No. You can continue to received treatment for your industrial injury until your doctor certifies that your treatment is completed.

2.4.11

PANTUN NASIHAT

Menunjukkan orang ke jalan Allah
Menuntun orang kepada akidah
Menerangi orang dengan sunah
Meluruskan dari segala yang salah
Membaikkan dari segala yang menyalah
Membetulkan budi menghaluskan tingkah
Membersihkan hati melembutkan lidah

Menunjukkan jalan dunia akhirat
Menjauhkan orang dari maksiat
Membersihkan hati yang berkarat
Meluruskan akal yang tersesat
Membaikkan orang yang salah niat
Menghapuskan segala dengaki dan hasad
Mengikis segala perbuatan jahat
Supaya selamat dunia akhirat

Siapa menyemak maknanya dapat
Siapa faham beroleh berkat
Siapa arif mendapat manfaat
Siapa bijak hidup selamat

Siapa menyemak mendapat pedoman
Siapa cerdik dapat pelajaran
Siapa pandai terbuka jalan
Siapa bijak mendapat sandaran

Siapa menyemak hidup senonoh
Siapa memakai takkan bergaduh
Siapa meneladan takkan terkecoh
Siapa memahami takkan terjatuh
Siapa mengkaji takkan mengeluh

Template by:
Free Blog Templates