5.4.09

Denda RM5,000

Harian Metro - Sabtu, 4 April 2009

SUNGAI PETANI: Majikan yang enggan memberi pelepasan kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil di tiga kawasan, 7 April ini, akan berdepan tindakan tegas didenda RM5,000 atau penjara setahun.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata majikan yang menghalang kakitangan keluar mengundi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan denda RM5,000 atau dipenjarakan maksimum setahun jika sabit kesalahan.

“Majikan perlu memberi masa kepada kakitangan mereka untuk keluar menunaikan hak sebagai pengundi di Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak.

“Majikan yang mengingkarinya boleh didakwa dan dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama setahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Penempatan Pekerjaan ‘Train and Place’ peringkat Kedah di Village Mall, di sini, semalam.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates