19.4.09

Siasatan Aduan

Jabatan Tenaga Kerja juga bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah pekerja/majikan yang berkaitan dengan isu-isu perburuhan.

i) Objektif

Menyelesaikan pengaduan awam yang diterima tentang masalah perburuhan dari pekerja/majikan dengan segera untuk mengelakkan tercetusnya konflik yang lebih serius yang boleh menjejaskan hubungan mereka.

ii) Prosedur Untuk Membuat Aduan

Aduan boleh dibuat samada:
Melalui telefon.
Datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja atau;
Menghantar surat ke Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan;

Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:
Nama dan alamat pihak yang diadu.
Isu-isu yang hendak diadu hendaklah diperincikan
Nama dan alamat pengadu

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates