Utusan Malaysia - Ahad, 3 Mei 2009
KUALA LUMPUR 2 Mei – Pusat JobsMalaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bakal menjadi pusat pemprosesan utama kepada rakyat Malaysia dalam mencari pekerjaan yang sesuai.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pusat itu akan memberikan khidmat bimbingan kerjaya termasuk menyediakan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan oleh kerajaan.
Menurutnya, sebanyak 22 buah Pusat JobsMalaysia akan ditubuhkan di seluruh negara.
‘‘Pusat JobsMalaysia akan menjadi pusat sehenti di mana majikan yang memerlukan pekerja dan pencari kerja boleh mendaftar supaya pemadanan pekerjaan dapat dilakukan,’’ katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Beliau berkata, dengan adanya Pusat JobsMalaysia, pelaksanaan program Perkhidmatan Sokongan Pengambilan Pekerja Berdasarkan Komuniti (CESS) akan lebih mudah dilaksanakan di seluruh negara.
‘‘Segala perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada majikan dan pencari kerja,’’ jelasnya.
Subramaniam memaklumkan kementeriannya akan memperluaskan liputan JobsMalaysia kepada sektor awam.
‘‘Ia sebagai maklum balas berdasarkan rekod kementerian bahawa sebanyak 306 majikan daripada pelbagai agensi kerajaan telah menggunakan portal JobsMalaysia semenjak dilaksanakan mulai Mei 2008 hingga 26 April 2009,’’ katanya.
'Toxic masculinity' and the class divide
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan