10.5.09

Punca H1N1 masih misteri


COLUMBIA - Ketika siasatan rapi untuk mengenal pasti punca sebenar virus influenza A (H1N1) diteruskan di kebanyakan ladang babi di Mexico, jawapan sebenar kepada punca wabak itu mungkin ditemui pada kod genetik.

Sekumpulan penyelidik di Jabatan Bioinformatik Universiti Columbia menggunakan pangkalan data awam untuk mengenal pasti punca virus berkenaan.

Mereka menemui hubungan paling rapat kepada virus itu dan ia dikaitkan dengan kelompok virus yang terasing dari babi di Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu.

Analisis kumpulan penyelidik itu melihat virus itu datang dari dua induk babi dan salah satunya mempunyai kaitan dengan satu virus terasing di Amerika Utara pada 1998.

Namun, penemuan itu masih jauh dan sukar untuk ditentukan sama ada virus H1N1 adalah sama dengan virus yang dianalisis itu.

Kumpulan penyelidik yang diketuai Profesor Madya Raul Rabadan itu masih meneruskan uji kaji untuk mendapatkan hasil penemuan yang tepat.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates