usan Malaysia - Isnin, 16 Mac 2009
SEGAMAT 15 Mac – Keputusan menaikkan dua kali ganda caj levi pengambilan pekerja asing akan dipantau Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan produktiviti industri di negara ini tidak terjejas.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pelaksanaan yang diumumkan menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua baru-baru ini bukan bermaksud untuk menjejaskan keupayaan sektor swasta, sebaliknya mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga pekerja asing.
“Kerajaan mahukan sektor swasta memberi peluang kepada tenaga kerja tempatan dan kami akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada pihak yang terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyertai Mesyuarat Majlis Guru Besar Sekolah Tamil Johor di sini semalam.
Pada 10 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet Mini di Dewan Rakyat telah menggariskan langkah untuk menaikkan bayaran levi pengambilan pekerja asing di semua sektor kecuali sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah.
Subramaniam berkata, bagi mengkaji sebarang kesulitan yang bakal timbul, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak industri untuk membincangkan perkara berkenaan.
Beliau berkata, sektor swasta perlu menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya tenaga kerja tempatan bagi memastikan masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini dapat diatasi.
Katanya, usaha untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negara ini memerlukan perubahan sikap positif di kalangan majikan pihak swasta dalam memberi peluang kepada tenaga pekerja tempatan
'Toxic masculinity' and the class divide
2 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan